topbella

Thursday, June 24, 2010

Happy Father's Day

Pada 20 Jun 2010 ini merupakan Hari Bapa Sedunia...Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada semua para bapa, papa, dady, abah, walid, baba, ayah dan yang seangkatan dengannya....
Tanpa Bapa siapalah kita...
Tahun ni aku sambut 2x sebab aku dh ada 2 bapa sekarang ni...tapi bukan disebabkan mak aku kawin 2 tau...still bapa yang sama lagi...hehehe...
Kini kan aku sudah berumahtangga, so bertambah la seorang lagi bapa iaitu Bapa Mertua ku (walid)...
Pada 19 Jun 2010 tu aku pergi kenduri kahwin saudara sebelah suamiku di Nilai bersama keluarga mertuaku...Aku bertolak tengahari dan balik ke Cheras, KL dekat maghrib...Semasa ku di Nilai, husband aku call dan bertanya pendapatku sama ada nak beli 1 kek atau 2 kek utk celebrate hari bapa nanti...
Nak tahu apa yang ku jawab?
Tengok gambar kt bawah ni pun boleh tahu...hehehe...

Ni semua plan husband aku la...Husband aku ni minat bola...Tu yang dia pilih kek bola ni..Nasib baik masa birthday dia aku tak belikan kek ni...Dah pegang2 dah tapi teringin plak nak beli kek yang special tuk dia...tu yg cancel beli kek bola...Last2 husband aku beli untuk celebrate Hari Bapa plak...

Ni lah bapa mertuaku...Dah la tarikh birthday kami sama...hehehe...Teringat potong kek sama2 ngan walid...


Separuh kek kami korbankan pada malam tu juga sebab aku and husband dah nak balik Banting...
Separuh kek lagi aku bawa ke Banting untuk bapa aku plak...Tapi yang sedihnya,bila sampai di Banting, mak aku tiada di rumah sbb terpaksa bermalam di rumah sedara di Tanjung Karang...Terpaksa celebrate ngan bapa aku berempat ngan suami dan adik aku yang bongsu...

"Untuk abah tersayang, Selamat Hari Bapa. Semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki...Semoga hubungan keluarga kita berkekalan and bahagia hingga ke akhir hayat...Kasih sayang dan pengorbanan abah selama ini tidak akan ida lupakan...Ida sayangkan abah...Ummuah!!!"

Wednesday, June 23, 2010

Preparation 4 Our Lil Junior


Pejam celik,pejam celik...Rupa2nya dh 33 minggu kandungan aku ni...Sekejap je kan masa berlalu...Doktor pesan, "Sila laporkan segera kelahiran ke klinik yang berdekatan dalam masa 24 jam selepas bersalin"...First dapat tahu pregnant, mcm tak percaya terutamanya husband..tp bila dh 8 bln lebih ni lagi tak percaya...Kata husband, "Eh!Kita bakal dapat baby ke?Hehehe..." Saje je wat2 terperanjat la tu...sedangkan memang dah tau pun...Tp aku amat2 bersyukur...Alhamdulillah, masa awal kandungan takde banyak alahan cuma ada la rasa letih, tak selera makan and mengantuk gile2....
Bila start 5 bulan lebih, aku and husband dah tak sabar nak scan nak tahu jantina and kedudukan baby kat dalam kandungan...Aku scan di Klinik Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi...Masa tgk keputusan scan, mcm nak menangis je rasanya...sweet sgt2...tangan baby tengah menongkat dagu, kaki baby mengangkang...mcm tau2 je org nak amik gambar dia...hehehe...Bila tanya jantina Doktor kata girl tapi husband tak bagi terlalu mengharap and percaya sgt sebab mungkin keputusan scan boleh berubah bila baby makin membesar nanti...



Kebiasaanya kalo dah 5 - 6 bulan dah tiba masanya untuk prepair barang2 baby...kalo barang2 mama confirm la dh dekat nak bersalin baru cari...so, aku and husband servay and beli barang2 baby...Husband aku la paling memilih...Tak semua yang aku berkenan dia suka...tapi last2 dia beli juge...hehehe...Beg Anakku ni lah last2 yang husband aku belikan...



Hahaha...Ni yang kelakar ni, sebab dah 2x scan Doktor kata gurl...tu yang beli Busha Legging ni...sbb cute sgt2...geram je tengok...incase keluar lelaki, terpaksa simpan tuk baby akan dtgla gamaknyeee...hehehe...tu pun kalo next dapat baby girl...



Set Tilam Baby ni beli masa ikut husband outstation di Kelantan...Masa tu baru 4 bulan tak silap.. tapi minat sgt2 terutamanya colour dia biru pastu patern bantal n guling tu cute sgt2, tu yang paksa gak husband beli...semua member2 husband perli2...tp ada gak yg puji kata cantik n sweet...hehehe



Pada asalnya nak shopping sikit2 je buat syarat…tapi, bila kumpul2, beli sikit2….Last2, Boleh tahan banyak jugak! Excited tul minah ni!!!hehehe



Tengoklah baju2 kat bawah ni...Ini baru yang ada kat luar n baru basuh...Baju2 yang dah tersedia utk dibawa ke hospital and yang dah tersedia lipat kat bakul,hanya husband je yang tahu...Pada awalnya, bising juga husband tapi lama2 husband pun dah tak larat nak bebel...Faham2 jelah, perempuan ni...pantang nampak yang cantik ckit, confirm nak beli...Kena plak baby first...excited terlebih la plak...





Buat masa sekarang ni tiada apa yang terlintas dan terfikir difikiran...Cuma ku berharap aku selamat melahirkan. Dipermudahkan laluan untuk ku melahirkan anak and akan dikurniakan seorang anak yang sempurna, soleh/solehah dan comel...amin...

Happy Birthday Sayang....

Harini bersamaan 16 Jun 2010 (Rabu) genaplah usia husband ku 27 tahun...Huhuhu...Dah tua rupanya...Teringin nak celebrate and wat suprise kt dia tp malang nasibku coz husband outstation...Ada juga post kat facebook tanya pandangan member2, apakah hadiah yang teristimewa yang boleh dihadiahkan utk husband yang tersayang...Banyak juga la idea member2 yang tak tercapai dek akalku ini...hehehe...


Inilah diantara hadiah2 yang hubby ku dapat tp sblm tu dia dh dapat beberapa hadiah dr aku...cuma tak dapat nak amik gambar sbb dia dh buka wrapping n guna sblm tarikh birthday...

Anyway....

Firstly, nak wish Happy Birthday to my husband..."Happy Birthday Sayang!!!Walaupun kita jauh di mata tetapi dikau sentiasa dihati...Semoga panjang umur, dimurahkan rezki dan apa yang syg hajat and impikan akan tercapai..Hope hubungan kita berkekalan and bahagia hingga akhir hayat...Love u so much honey..Ummuah!!!"


Sempena birthday husband, aku ada la wat suprise sikit pakat2 ngan family husband nk celebrate kt rumah adik ipar time husband balik dr outstation. Pastu senyap2 beli kek birthday ngan adik ipar...Hampir2 kantoi jugak kek birthday tu tp saje2 wat tak tau...so husband tak tanya and syak apa2...Tapi 2 hari sebelum tarikh birthday husband,aku dh standby kad birthday yang penuh dengan ayat2 power and luahan hati dari seorang isteri...hehehe...Tak tahu la husband aku tu faham and hayati tak kata2 aku tu...Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan seorang husband yang baik, caring, memahami dan sentiasa membahagiakan isterinya...




Tuesday, June 22, 2010

Majlis Bertandang Ke Rumah Hubby di Cheras

Gembiranya ku ketika ini bila berjalan berarak bersama ahli keluarga, sanak saudara dan teman seperjuangan...Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaanku...









Bersalaman dengan kedua ibubapa suami ku memohon restu...Semoga ikatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat...



Makan beradab bersama keluarga dan saudara terdekat...Makanan memaglah sedap tapi memandangkan terlalu gembira sehingga tak lalu makan dibuatnya...




Kegembiraan amat terserlah diwajah keluarga ku...Mak dan abah, love u all...



Kucupan ikhlas dari suami tercinta...



Masa bercinta tak sempat nak main sorok2...hehehe

Untuk teman-teman seperjuangan, terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis...





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kami memohon kepada Mu agar majlis kami diberkati oleh Mu
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri dan mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh dan solehah
Dan berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Teguhkanlah iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu
Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ampunkanlah dosa kami
Dosa kedua orang tua kami
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkankah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi ukhuwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada Pengantin Baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Robbal Alamin....




Monday, June 21, 2010

Majlis Persandingan Ku di Banting

 Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasanganku Shaikh Munasar Ramazan bin Shaikh Mansoor pada 18 Julai 2009 (Sabtu) pada jam 5.00 petang dengan sekali lafaz di Masjid Al-Hidayah, Kampung Seri Cheding, Banting, Selangor...
Kini aku sah bergelar isteri orang...Sebak dan menitis airmata aku setelah selesai segalanya. Terutamanya saat2 ku bersalaman dengan bapaku...Ku kucup pipi bapaku dan memeluknya erat...Kini tanggungjawabnya telah diserahkan kepada suamiku...Bapaku berharap suamiku dapat menjagaku. mencurahkan kasih sayang dan melaksanakan tanggungjawab sebaik2nya sepertimana beliau menjagaku...
Keesokan harinya iaitu 19 Julai 2009 (Ahad) , tibalah masanya untuk majlis persandinganku...Berdebar2 bercampur baur dengan kegembiraan menanti saat itu...Suamiku sampai tepat pukul 1.00 petang seperti yang telah dijanjikan..Terkejut aku tengok suamiku handsome teramat...macam tak percaya je...Pastu kami berarak diiringi paluan kompang...Duduk je di pelamin, persembahan silat pun start...memang best la dorang bersilat...siap main parang, kayu, keris...macam betul2 je...takut tengok! Malas nak cite panjang2...Tengok jela agenda kat bawah ni....
Agenda
Ketibaan Pengantin Lelaki
Pengantin Berarak diiringi Paluan Kompang
Persembahan Silat dari Persatuan Silat Harimau Jatian 5
Acara Merenjis dari Pihak Keluarga Pengantin
Tabur Gula2
Bacaan Doa
Pengantin Memotong Kek
Makan Beradab
Cabutan Bertuah
Ucapan Pengantin dan Ibubapa Pengantin
Sessi Bergambar


Selepas sessi bergambar, aku tukar pakaian untuk sessi outdoor di Putrajaya...Walaupun dah dekat senja and letih yang teramat, memandangkan cameraman excited nak amik gambar kitorang so kitorang pun on la...merata2 tempat kitorang pegi, Masjid Putra, Tasik Putrajaya and Jambatan Seri Warisan...dah la kat masjid ramai orang, malunya kitorang dengan pakaian gaun kembangnya...ishkkk...cukup la sekali... 

Menatap Indahnya Senyuman Diwajahmu
Membuat Ku Terdiam Dan Terpaku
Mengerti Akan Hadirnya Cinta Terindah
Saat Kau Peluk Mesra Tubuhku
Banyak Kata
Yang Tak Mampu Ku Ungkapkan
Kepada Dirimu
Aku Ingin Engkau Selalu
Hadir Dan Temani Aku
Di Setiap Langkah
Yang Meyakini Ku
Kau Tercipta Untukku
Sepanjang Hidup Ku
Meski Waktu Akan Mampu
Memanggil Seluruh Ragaku
Ku Ingin Kau Tahu
Ku Selalu Milikmu
Yang Mencintaimu
Sepanjang Hidupku

p/s :Buat suamiku tersayang...Hadirmu dalam hidupku amat menceriakan hidupku kini...Ku amat bahagia bila dirimu disisi...Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat...



"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...