topbella

Tuesday, June 22, 2010

Majlis Bertandang Ke Rumah Hubby di Cheras

Gembiranya ku ketika ini bila berjalan berarak bersama ahli keluarga, sanak saudara dan teman seperjuangan...Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaanku...









Bersalaman dengan kedua ibubapa suami ku memohon restu...Semoga ikatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat...



Makan beradab bersama keluarga dan saudara terdekat...Makanan memaglah sedap tapi memandangkan terlalu gembira sehingga tak lalu makan dibuatnya...




Kegembiraan amat terserlah diwajah keluarga ku...Mak dan abah, love u all...



Kucupan ikhlas dari suami tercinta...



Masa bercinta tak sempat nak main sorok2...hehehe

Untuk teman-teman seperjuangan, terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis...





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kami memohon kepada Mu agar majlis kami diberkati oleh Mu
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri dan mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh dan solehah
Dan berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Teguhkanlah iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu
Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ampunkanlah dosa kami
Dosa kedua orang tua kami
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkankah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi ukhuwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada Pengantin Baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Robbal Alamin....




No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...