topbella

Monday, June 21, 2010

Majlis Persandingan Ku di Banting

 Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasanganku Shaikh Munasar Ramazan bin Shaikh Mansoor pada 18 Julai 2009 (Sabtu) pada jam 5.00 petang dengan sekali lafaz di Masjid Al-Hidayah, Kampung Seri Cheding, Banting, Selangor...
Kini aku sah bergelar isteri orang...Sebak dan menitis airmata aku setelah selesai segalanya. Terutamanya saat2 ku bersalaman dengan bapaku...Ku kucup pipi bapaku dan memeluknya erat...Kini tanggungjawabnya telah diserahkan kepada suamiku...Bapaku berharap suamiku dapat menjagaku. mencurahkan kasih sayang dan melaksanakan tanggungjawab sebaik2nya sepertimana beliau menjagaku...
Keesokan harinya iaitu 19 Julai 2009 (Ahad) , tibalah masanya untuk majlis persandinganku...Berdebar2 bercampur baur dengan kegembiraan menanti saat itu...Suamiku sampai tepat pukul 1.00 petang seperti yang telah dijanjikan..Terkejut aku tengok suamiku handsome teramat...macam tak percaya je...Pastu kami berarak diiringi paluan kompang...Duduk je di pelamin, persembahan silat pun start...memang best la dorang bersilat...siap main parang, kayu, keris...macam betul2 je...takut tengok! Malas nak cite panjang2...Tengok jela agenda kat bawah ni....
Agenda
Ketibaan Pengantin Lelaki
Pengantin Berarak diiringi Paluan Kompang
Persembahan Silat dari Persatuan Silat Harimau Jatian 5
Acara Merenjis dari Pihak Keluarga Pengantin
Tabur Gula2
Bacaan Doa
Pengantin Memotong Kek
Makan Beradab
Cabutan Bertuah
Ucapan Pengantin dan Ibubapa Pengantin
Sessi Bergambar


Selepas sessi bergambar, aku tukar pakaian untuk sessi outdoor di Putrajaya...Walaupun dah dekat senja and letih yang teramat, memandangkan cameraman excited nak amik gambar kitorang so kitorang pun on la...merata2 tempat kitorang pegi, Masjid Putra, Tasik Putrajaya and Jambatan Seri Warisan...dah la kat masjid ramai orang, malunya kitorang dengan pakaian gaun kembangnya...ishkkk...cukup la sekali... 

Menatap Indahnya Senyuman Diwajahmu
Membuat Ku Terdiam Dan Terpaku
Mengerti Akan Hadirnya Cinta Terindah
Saat Kau Peluk Mesra Tubuhku
Banyak Kata
Yang Tak Mampu Ku Ungkapkan
Kepada Dirimu
Aku Ingin Engkau Selalu
Hadir Dan Temani Aku
Di Setiap Langkah
Yang Meyakini Ku
Kau Tercipta Untukku
Sepanjang Hidup Ku
Meski Waktu Akan Mampu
Memanggil Seluruh Ragaku
Ku Ingin Kau Tahu
Ku Selalu Milikmu
Yang Mencintaimu
Sepanjang Hidupku

p/s :Buat suamiku tersayang...Hadirmu dalam hidupku amat menceriakan hidupku kini...Ku amat bahagia bila dirimu disisi...Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat...



No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...