topbella

Sunday, October 3, 2010

My Newborn Baby Girl (Qaleesya Amani)


Harini 22 Julai 2010 iaitu hari kedua ku berada di Hospital Putrajaya bersama my newborn Qaleesya Amani...Kegembiraan dan keterujaan semalam masih terserlah diwajahku...walaupun seharian tak tido melayan kerenah Qaleesya yang asyik menangis,merengek manja,tak nak tdo n asyik nak menyusu je...Tak pernah rasa kenyang...Mungkin semua ibu merasakan perkara yang sama sepertiku...First2 lahir baby memerlukan lebih belaian, kasih sayang n perhatian...Yela, sebelum ni baby asyik duduk dalam perut bersama uri...terasa hangat seperti dipeluk...bila lahir pun baby nak kan perkara yang sama...


Seharian duduk bersama baby Qaleesya, baru la aku sedar kenapa bila siang xterasa baby menendang berbanding malam yang x henti2 menendang macam main bola...Rupa2nya, Qaleesya ni tdo waktu siang, bila malam aktif semacam tak nak tdo...Ni semua penangan Worldcup bulan 6 aritu la ni...teman hubby tgk bola...huhuhu...


Hakikatnya, perasaan selepas mendapat cahaya mata memang amat membahagiakan...Hubungan aku ngan hubby semakin erat dan perhatian hubby terhadap aku and Qaleesya lebih diutamakan berbanding yang lain...Rezeki plak semakin melimpah selepas kelahiran Qaleesya...Memang muka rezeki agaknya, coz masa nak melahirkan dia pun time dalam perjalanan nak pergi kerja...


Harapan mama and papa, semoga Qaleesya menjadi anak yang solehah, bijak and mendengar kata mama and papa...Mama and papa amat menyanyangi Qaleesya...Love u honey...Mama and papa juga berharap Qaleesya sentiasa diberikan kesihatan yang baik...bersesuaian dengan nama"Qaleesya Amani" yang bermaksud Murni dan Kesejahteraanku....
Muka macam Mama la masa lahir
Ala....Tembamnyeee anak Mama ni
Sepet cam mata Mama and Papa
"kata orang bayi yang baru lahir ni senang benda2 halus nak dekat...untuk langkah berjaga2 Al-Mathurat dan Surah Yassin sentiasa disisi Qaleesya Amani"

Saat2 Ku Melahirkan Cahaya Mata


Seperti biasa...tepat pukul 6.00 pagi, itu la waktu aku membuka kelopak mata yg agak liat nk di buka...menggeliat dan berjalan menuju ke bilik air...pagi ni sgt la sejuk...tegak bulu roma aku, mcm nk mandi ala2 P.Ramlee je rasanya...Selepas selesai aku sembahyang subuh, tiba2 perut aku memulas...ishkkk...kenapa ni...mcm nk membuang pun ye...Mengadu ngan hubby, hubby tanya nak pergi hospital ke...katanya mana la tahu kot2 nak bersalin...tapi, hati aku mengatakan tak mungkin seawal ini...memandangkan kerja kat opis pun masih ada lagi yg belum settle, so aku berkeras nak pergi ke opis juga...Aku kan degil orangnyeee....hehehe

Setelah setengah perjalanan menuju ke opis (di Dengkil) perut aku mula memulas semula, kali ni bukan setakat memulas tapi terasa macam ada benda menyucuk2 perut dari dalam...sakit yang teramat sgt sehingga ku menitiskan airmata...huh...sakitnyeeee....Aku dapat rasa sudah tiba masanya aku nak bersalin...hubby aku panic bila melihat airmata ku becucuran keluar...tapi dia tak boleh drive laju sebab time tu hujan lebat...hujan rahmat agaknya...aku pulak dah tak tahan, so aku meneran la dalam kereta tu, aku pasrah sekiranya aku terbersalin dalam kereta...

Akhirnya, sampai juga aku di Hospital Putrajaya.Masa tu tepat pukul 7.30 pagi...Aku memang dah tak larat nak berjalan, so hubby aku terpaksa papah masuk ke dewan bersalin...Nurse kata nak check bukaan...Nurse sgt2 terkejut sebab bila check bukaan dah 9cm...tiba2 jadi riuh kt dewan bersalin dan aku dihantar ke bilik sebelah dan disuruhnya aku teran...nurse kat sana bagi support n tunjuk ajar cara2 meneran...aku try teran tp x berjaya...nurse suruh try lagi...sampai 3x aku try tp aku masih tak dapat nak meneran dgn baik...aku betul2 give up!doktor terpaksa vakum sekiranya aku give up...hubby aku pun dah tak boleh berkata apa lagi...dia pun tak sampai hati tengok keadaan aku and pasrah dgn apa yang doktor nak lakukan...tiba2 doktor arahkan husband aku utk keluar sebelum aku di vakum...aku terkejut dan tak nak husband aku keluar so aku meneran sekuat hati...hubby n nurse2 di situ tidak berhenti memberi support n ia amat membantu aku...Akhirnya aku selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sgt comel n sepet seberat 2.6 kg pada 21 Julai 2010 tepat pukul 8.15 pagi...Alhamdulillah...Ya Allah, ku bersyukur kepada Mu Ya Allah...tiada kata lain selain kata2 kesyukuran yang keluar dari mulutku dan airmata kegembiraan setelah selamat melahirkan...Terima kasih juga kepada suamiku yang tidak putus2 memberi  support dan semangat..... 




Pucat and chubby nye muka selepas melahirkan my princess ni...tapi masih boleh tersenyum gembira...

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...