topbella

Sunday, October 3, 2010

My Newborn Baby Girl (Qaleesya Amani)


Harini 22 Julai 2010 iaitu hari kedua ku berada di Hospital Putrajaya bersama my newborn Qaleesya Amani...Kegembiraan dan keterujaan semalam masih terserlah diwajahku...walaupun seharian tak tido melayan kerenah Qaleesya yang asyik menangis,merengek manja,tak nak tdo n asyik nak menyusu je...Tak pernah rasa kenyang...Mungkin semua ibu merasakan perkara yang sama sepertiku...First2 lahir baby memerlukan lebih belaian, kasih sayang n perhatian...Yela, sebelum ni baby asyik duduk dalam perut bersama uri...terasa hangat seperti dipeluk...bila lahir pun baby nak kan perkara yang sama...


Seharian duduk bersama baby Qaleesya, baru la aku sedar kenapa bila siang xterasa baby menendang berbanding malam yang x henti2 menendang macam main bola...Rupa2nya, Qaleesya ni tdo waktu siang, bila malam aktif semacam tak nak tdo...Ni semua penangan Worldcup bulan 6 aritu la ni...teman hubby tgk bola...huhuhu...


Hakikatnya, perasaan selepas mendapat cahaya mata memang amat membahagiakan...Hubungan aku ngan hubby semakin erat dan perhatian hubby terhadap aku and Qaleesya lebih diutamakan berbanding yang lain...Rezeki plak semakin melimpah selepas kelahiran Qaleesya...Memang muka rezeki agaknya, coz masa nak melahirkan dia pun time dalam perjalanan nak pergi kerja...


Harapan mama and papa, semoga Qaleesya menjadi anak yang solehah, bijak and mendengar kata mama and papa...Mama and papa amat menyanyangi Qaleesya...Love u honey...Mama and papa juga berharap Qaleesya sentiasa diberikan kesihatan yang baik...bersesuaian dengan nama"Qaleesya Amani" yang bermaksud Murni dan Kesejahteraanku....
Muka macam Mama la masa lahir
Ala....Tembamnyeee anak Mama ni
Sepet cam mata Mama and Papa
"kata orang bayi yang baru lahir ni senang benda2 halus nak dekat...untuk langkah berjaga2 Al-Mathurat dan Surah Yassin sentiasa disisi Qaleesya Amani"

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...