topbella

Thursday, January 6, 2011

Qaleesya Demam Panas


Tak pernah2 baby Qaleesya meragam…Selalunya baby Qaleesya ni terlalu senang nak dijaga…Bila lapar and pampers basah je dia menangis or meragam coz tak selesa…Tapi, malam ni semua serba tak kena…Bagi susu tak mahu, tdo pun tak nak…Bila pegang kepala baby, rasa panas suam2 kuku…camne tu ek…lebih kurang camtu la…mungkin demam kot…ingatkan nak pegi klinik esok pagi je…
Keesokan harinya, baby bangun awal, menangis tak hingat2...Pukul 5 pagi dah bangun dah…selalu agak liat nak bangun, tunggu aku gerak baru la baby nak bangun…Sekali aku pegang kepala and badan baby, rupanya panas dah tak mcm suam2 kuku dah tp mcm api…
Hallamak!Apa lagi, aku gerak husband suruh siap2 hantar Qaleesya ke klinik…Sementara tunggu husband aku cuci muka and siap2 aku selimutkan baby ngan towel…yela, sbb bila aku demam aku selimutkan badan biar peluh keluar…Maklumlah first time, so aku gelabah and panic la…tak tahu apa yang perlu dibuat…
Sampai je kat klinik, aku terus pegi kat bahagian klinik ibu dan anak. Nurse suh tunggu coz doktor blom sampai lagi…lama gak la tunggu…sampai klinik pukul 7.30pagi sampai 8.30 pagi doktor still tak sampai lagi…Pastu nurse tu macam risau tgk aku and husband coz pandang dia cam tak puas hati je…Last2 nurse tu suh aku pegi klinik pesakit luar sbb doktor lambat lagi sampai…Husband aku punyalah hanginnn….Awal2 tak nak bgtau…dah 1 jam tunggu baru nak bagitau. Dah la pesakit luar kena ambil nombor…ramai gila plak tu patient…
Aku sebagai ibu, mmg tak tahan tgk keadaan baby time tu…baby mengerang2 sakit sampai dah tak larat nak menangis sbb menahan panas agaknya…Aku yang menangis…aku cuba tahan dari menitiskan airmata tetapi aku tak daya nak menahan airmata dari keluar…Tiba2 ada sorang makcik ni bertanya kat aku, “Kenapa menangis?Anak demam ke?”Aku dengan nada sedih jawab ,"Ha'a cik, anak saya demam panas"....Makcik tu tak sampai hati tengok aku camtu terus makcik tu bgtau nurse and minta nurse bagi keutamaan pada aku...Masa tu semua patient pandang…Nurse pun panggil nama baby and check baby terus masuk bilik doktor…Doktor tgk condition baby pun tahu yang baby demam panas...Doktor marah nurse kenapa tak bagi keutamaan kepada baby...Pastu aku plak kena marah sbb selimutkan baby pakai selimut...sepatutnya aku tanggalkan pakaian baby, biarkan tinggal pampers je and lap badan baby guna kain basah....kalo boleh selimutkan dengan kain lembap...Mana la aku tahu, aku kan first time dpt baby...Pasni mesti aku ingat sampai bila2...
Memandangkan suhu baby terlalu panas, doktor suh nurse arrangekan ambulan utk hantar baby ke hospital...Aku cuak and bimbang kalo terjadi sesuatu pada baby....Dipendekkan cerita baby kena tahan wad selama 4 hari...Semakin hari kesihatan baby semakin pulih dan baby dibenarkan pulang ke rumah....
Pasni, Insya-Allah tak kan terjadi lagi kejadian seperti ni...Lepas je kejadian tu, aku standby beli ubat baby kt farmasi untuk kegunaan di rumah. Aku jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pengalaman pada aku...."Mama terlalu sayangkan Qaleesya...Mama janji akan buat yang terbaik untuk Qaleesya...Percaya la sayang..."




p/s : Buat ibu2 di luar sana, sayangilah anak kita lebih dari nyawa kita sendiri...Lebihkan la perhatian padanya...Kalo demam sikit, cepat2 lah hantar ke hospital, jangan tangguh2...

4 comments:

  1. bila masanya qaleesya msk spital nie herda?

    ReplyDelete
  2. masa dia 3 bulan...4 hari kat sepital...aku amik cuti jaga dia kt sepital...sian dia sha...

    ReplyDelete
  3. nasib baik qaleesya kuat...x susah sgt nak jaga walaupun dia demam

    ReplyDelete

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...