topbella

Thursday, February 17, 2011

Qaleesya Kena Masuk Wad

Qaleesya duduk di Katil 18 Wad 4, Hospital Banting

Harini aku macam tak sedap hati je...Semua benda macam malas aku nak buat...takde mood la senang kata...Aku tak tau kenapa...Mungkin aku terlalu fikirkan anak aku...coz pagi tadi anak aku meragam je...bila hantar kat penjaga dia pun menangis...Tiba2 penjaga Qaleesya call kata Qaleesya demam tapi suhu dia dah turun dah...

Habis je office hour, aku cepat2 punch card nak balik...rasa tak sabar nak amik anak...Rupa2nya Qaleesya masih demam...suhu pun dah start naik 40'c...sampai je rumah, aku and husband mandikan la Qaleesya...tapi panas dia tak turun juga...aku dah tak tau nak buat apa...nak cucuk ubat punggung pun tak confident...so, aku suruh husband aku hantar pergi emergency kat Hospital Banting...time tu pun dah dekat maghrib...sampai je kat sana doktor suruh baringkan Qaleesya atas katil, doktor masukkan ubat punggung and basahkan badan dia dengan air sejuk...supaya suhu dia kurang and tak naik lagi...Alhamdulillah, lepas tu suhu badan Qaleesya dah turun 38'c...MA suruh masuk Bilik 1 untuk pemeriksaan...Tiba2 Qaleesya mengerang macam menahan sakit and tarik2...aku panic and menjerit2 kat doktor, "Kenapa anak saya ni doktor?Kenapa jadi camni?Tolongla doktor anak saya niiii...." Air mata aku dah bergenang masa tu,tak tahan tengok anak aku, takut apa2 terjadi pada dia...Lepas tu doktor minta MA masukkan air and basahkan badan Qaleesya...aku yang panic masa tu pun terus bantu MA basahkan badan Qaleesya...Qaleesya menangis sekuat hatinya terutamanya masa MA nak cucuk tangan Qaleesya untuk masukkan air....Aku sebagai ibunya, berdoa sambil menitiskan airmata coz aku tau anak aku terlalu sakit pada waktu tu...Aku berdoa, "Ya Allah...Lindungilah anakku ini...Semoga tiada apa yang berlaku kepadanya..." 

Doktor memberitahu aku and husband, Qaleesya perlu ditahan di wad untuk sementara bagi memastikan dia akan pulih seperti biasa dan mendapat pemantauan dari pihak hospital...Ini kali kedua aku terpaksa bermalam di hospital untuk menjaga Qaleesya...Dulu masa 2 bulan pun Qaleesya menghadapi sakit yang sama dan ditahan di wad yang sama selama 4 hari di hospital yang sama juga...

Semasa di wad, Qaleesya mula meragam, susah nak tido, tak boleh letak sekejap, nak dimanja dan didukung je...tido pun nak tido di bahu aku...aku nak makan, nak mandi, nak sembahyang, nak wiwi and membuang pun susah...nak tido apa lagi...confirm2 la aku tak tido...mata pun dah sembab je...

Tapi ada la 1 malam ni (hari ke-2 kat wad), tiba2 je suhu Qaleesya naik mendadak 40'c...masa tu pukul 1.00 pagi...dia menangis2 tak henti2...aku cuba bagitau nurse tapi nurse cuma bagi ubat demam je...pastu, dorang tak bantu apa2...Macam biasa la, aku memang tak boleh tengok Qaleesya camtu, aku mudah panic and mesti akan mengalirkan airmata...aku terus call husband mengadu apa yang terjadi and minta dia dtg hospital tengok keadaan anak aku...sekejap pun jadi la...aku cuba tenangkan Qaleesya dengan zikir2 dan selawat...Akhirnya, Qaleesya tido di bahu aku...Baru tenang and lega hati aku bila check suhu turun 37'c...

Qaleesya ditahan selama 4 hari di wad and aku berharap sangat2 dia takkan masuk ke hospital lagi dan terus pulih seperti biasa...aku dah tak sanggup tengok anak aku sakit lagi...

Kesian tengok muka Qaleesya masa demam panas 

Qaleesya dah tak aktif macam sebelum ni...

Qaleesya tido pun tak nyenyak...kejap2 bangun...

Time ni suhu badan Qaleesya 39.5'c


Tangan Qaleesya genggam erat jari aku...walaupun dia tengah tido...dia memerlukan sokongan aku untuk sembuh....

Aku terpaksa bawa kipas sendiri coz kat hospital terlalu panas...

Qaleesya didukung nenek angkatnya...Macam ni la Qaleesya...Tido mesti nak kat bahu...

Baru lepas menangis lepas amik darah...Sian Qaleesya...Sakit ye sayang...

Qaleesya dah semakin sihat walaupun kadang2 suhu dia tak menentu..



Ni je posisi yang Qaleesya selesa bila tido sendiri di katil...

Anak mama dah baik....



Setiap kali aku pandang Qaleesya sebelum tido, hati aku akan berkata,"Qaleesya, mama selalu berdoa untukmu sayang...Qaleesya jangan demam lagi ye...Jangan sakit2 lagi tau...Nanti mama risau..." 



No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...