topbella

Wednesday, February 9, 2011

Si Kecik Tak Nak TiDo!!!


Gerammmm je tengok Si Kecik ni...Arini aku puasa lagi, lepas abis keje macam biasa la aku terus amik Si Kecik kat umah penjaga dia....Semenjak 2 menjak ni manja terlebih plak dia...asyik nak melekat je, tak bleh renggang kejap...aku tak leh nak masak untuk berbuka puasa...Tapi aku tinggal dia jugak kejap kat Papa dia coz nak siapkan juadah berbuka...Papa dia plak tertido, terlampau letih agaknya...Menangis2 Si Kecik...aku ingatkan Papa dia sakat, rupa2nya Si Kecik takde kawan nak main...

Lepas buka puasa, Si Kecik aku tidokan kat buai...lega hati aku dia nak tido...tapi sedihnya dia tido kejap je...Lepas aku sembahyang Maghrib dia dah terjaga...Sampai la ke tengah malam berjaga temankan Si Kecik ni takmo tido...Mula la dia start nak tunjuk style dia...yang suke
"Guling2 macam Tenggiling..." 
pastu menjerit2 and gelak sorang2....bila tak layan, mula la nak nangis...nangis tipu2 lak tu...Sabo jelah...Hope tak sampai ke pagi...

"Qaleesya sayang....Mama dah mengantuk niiiii....Jom la TiDo0o0o0o!!!!"


Untuk pengetahuan : "Guling2 macam Tenggiling" tu dah jadi caller ring tone hubby aku dah sekarang ni....

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...