topbella

Monday, March 7, 2011

Happy Birthday Abah..Sayang Abah!!!


Pada 05.03.2011 bersamaan hari Sabtu yang lepas adalah Hari Kelahiran Abah yang Ke-57...

Aku ingatkan nak celebrate pada hari Sabtu tu tapi aku berada di Kuantan...Sian abah...Walaupun aku tak dapat nak celebrate tepat pada hari lahir abah, itu tak bermaksud aku dah lupakan hari lahirnya...Aku sentiasa ingat dan tak pernah lupa...Tapi, kadang2 tu aku terlupa la jugak atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan....So, aku plan nak celebrate ngan family lepas aku balik dari Kuantan nanti...

Pada hari Isnin tu, aku ngan member aku Renny pergi la ke Baker's Cottage kat Presint 8, Putrajaya untuk beli kek birthday abah...Lama jugak aku kat Baker's Cottage tu coz pening kepala nak pilih kek...semuanya sedap2 belaka...sampai tak tau nak pilih mana satu...

Sebelum balik keje, aku call husband...aku tanya dia,"Sayanggg...arini jom kita balik awal...Boleh tak?" belum dia jawap pertanyaan aku, dia dah tanya persoalan lain kat aku," kenapa nak balik awal?" pastu aku cakap la nak celebrate birthday abah...pastu dia cakap dia tak boleh coz banyak keje nak disettlekan...Dengan perasaan yang agak hampa aku jawap, "hmmm...takpa la..."aku tak nak la memaksa...Lepas aku call husband aku, aku try call adik aku plak...Bila aku minta dia balik awal coz nak celebrate birthday abah, dia kata dia kena ot and kenapa tak bagitau dia awal2...kalo tak, boleh dia gantikan orang lain...Sekali lagi aku hampa...

Tiba2 hati aku terdetik...mesti abah sedih coz takde sape ingat birthday dia and bila ada yang nak celebrate plak, berapa kerat org je yang ada...(tak semua boleh berkumpul)...Hmmm...tu firasat aku je...Hope abah tak fikir camtu...

Petang tu aku dah tak sabar nak balik...So, aku turun tepat kul 5.00pm kat lobi utama opis aku untuk tunggu husband aku hantar kereta...Last2 dekat 1/2 jam aku tunggu baru husband aku sampai...Aku ingatkan dia juz nak hantar kereta je, rupa2nya dia nak ikut balik sekali...Alhamdulillah, bersyukurnya aku...

Sampai je aku kat rumah, aku tengok mak and abah tengah bersiap2...aku terkejutla jugak...nak ke mana plak mak abah aku ni?Rupa2nya nak pergi pasar...Pasar tu tak la jauh dari rumah, dalam 10 minit je...so, aku and husband nak follow sekali...Alang2 nak celebrate birthday abah, aku beli la macam2 utk dimakan nanti...

Petang tu jugak la aku keluarkan kek dari peti ais and aku wish kat abah,
"Abah, Selamat Hari Lahir Abah"

"Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...Happy Birthday To Abah...Happy Birthday To You...."


Abah, terkejut and tersenyum2 malu...pastu aku pasangkan lilin and nyanyi lagu birthday kat abah... Time tu cuma ada mak, abah, aku, husband aku, Qaleesya and adik aku yg bongsu...walaupun tak ramai tapi nampak meriah coz nampak raut wajah kegembiraan kat wajah abah...Aku gembira sangat2 tengok abah gembira...Abah tiup lilin and potong kek...Pastu aku minta mak suapkan kek pada abah...so cute...romantik sangat2...

Tiba2 je aku teringin nak tanya mak..."Mak bagi hadiah apa kat abah?"Hahaha...tak baik aku ni kan...Pastu mak jawap la, "Mak takde apa nak bagi kat abah ko, cuma kasih sayang mak je mak dapat bagi..."Fuhhh!!!Mendalam betul kata2 mak and amat berharga hadiah mak tu...Abah sekali lagi tersenyum malu...Sebelum kami makan kek and makanan yang lain, aku wish sekali lagi pada abah sambil dakap dan cium abah...

Lepas je makan, kami sembahyang maghrib berjemaah...Lepas sembahyang, abah cuba luahkan isi hatinya pada aku...Abah kata, masa birthday abah sabtu yang lepas, abah siap ambil cuti tapi sedih anak2 takde...semua jauh...abah kesunyian...abah sangka takde sapa ingat hari jadinya...Sehinggakan abah asyik ajak mak makan di luar and jalan2 sepanjang sabtu-ahad tu untuk hilangkan rasa kesunyian...

Huhuhu...Aku hampir menitiskan airmata...Aku rasa sebak and sedih dengar luahan hati abah...tapi aku cuba tahan and buat2 tak sedih supaya abah dapat lupakan kesedihan dia...Aku langsung tak menyangka abah sunyi hingga ke tahap begitu...

Apa2pun, Ida ingin mengucapkan :
 "Selamat Hari Lahir pada Abah...Semoga abah dipanjangkan umur and dimurahkan rezeki...Semoga keluarga kita sentiasa bahagia...Hubungan kekeluargaan kita sentiasa erat...Ida terlalu sayangkan abah...Maafkan Ida kalo Ida pernah membuat silap and menyinggung perasaan abah..."

Ni juga la kata2 yang aku wish kat abah masa aku peluk abah...

Abah potong kek

Eh!Ijul tu nak amik apa tu?
Sibuk je dua beranak ni nak bergambar jugak...


p/s : Terima kasih kepada The Baker's Cottage kerana menyediakan kek yang sangat sedap...my hubby and abah kata sedap sangat2...Thanks...

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...