topbella

Wednesday, March 2, 2011

Sunyi Dan Rindu...


Harini husband aku baru balik dari Sabah...Excited rasanya nak jumpa and sambut hubby balik nanti...Tapi, pada hari yang sama juga aku kena standby kat opis prepare bahan2 meeting untuk Rabu nanti...Hallamakkk!!!!Dah la dekat seminggu aku ditinggalkan dan seminggu tu la aku menahan rindu dengan harapan bila hubby balik aku nak lepaskan rindu...Last2 sume tu hanya angan semata coz keesokan harinya husband aku kena outing lagi 4 hari kat mana ntah...aku pun lupa tapi dia ada bagitau masa tu aku baru bangun tido...hehehe...jangan mare ye syg...
Korang nak tau...sepanjang seminggu husband aku tiada, aku kesunyian...Kesunyian yang teramat sangat...yela, biasanya dia la teman aku tengok tv, dia la yang tolong jaga and teman anak bila aku letih, dia la yang suka bergurau ngan aku, dia la yang jadi driver aku...dia la segalanya...yang paling terasa, dia la pendengar setia mendengar bebelan aku...bila dia takde sapa yang nak dengar aku membebel lagi...huhuhu...Bila dia takde, setiap malam aku akan tengok tv ngan Qaleesya sambil main2 permainan baby, borak2 and luahkan perasaan kat anak aku(konon2 baby faham la walaupun tak faham)...Time sabtu-ahad, aku jalan2 berdua ngan Qaleesya pergi kenduri kawen sedara and member, pastu pergi shopping and malam tengok tv lagi...semuanya kami berdua saja...tu jela aktiviti kami supaya kami dapat menghilangkan rasa rindu sekejap...
Selalu husband aku pergi sekejap2 je...so tak terasa la sangat...kebetulan masa dia pergi tu Qaleesya baru2 je keluar hospital...takut juga kalo2 demam panas Qaleesya datang lagi...Ishkkk...jangan la jadi lagi...tak sanggup aku...dah la aku ni mudah panic...tanpa dia camne la aku nak hadapi...huhuhu...sedihnyeeee....


Hakikatnya, aku tak sabar nak tunggu husband aku balik....
"Papaaaa...cepatla balikkkk...Mama and Qaleesya rindukan papa..."


"Moral Of This Story"
Bila insan yang kita sayang di depan mata, buat tak tau je...tak pernah nak hargai...Bila dia jauh dari kita, baru la nak rindu ,terasa sunyi and seangkatan dengannya...
Pasni, tak kira la dia berada di mana2 pun, hargai lah dia walau sesaat, seminit atau berapa lama kita nak hargai...wlaupun sedikit...



No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...