topbella

Tuesday, April 26, 2011

Cara Nak Tambahkan Air Susu Ibu (ASI)

CARA PEMAKANAN

-Lobak Putih - masak sup + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
-Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
-Pegaga - dimakan sebagai ulam
-Petola/ Bayam/ Daun Turi - masak lemak manis
-Kacang buncis
-Kentang
-Daging
-Sayur Petola
-Buah Kurma
-Buah Laici/ Longan/ Mata Kucing - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
-Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
-Biskut Bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.
-Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
-Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu

CARA MINUMAN 
-Minum Susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
-Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
-Milo/Nestum/Horlicks
-Jus Pegaga/Spirulina
-Soya - minum secawan sehari.
-Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
-Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
-NESVITA (campur oat)
-Air Kelapa
-Jus Pegaga
-Lobak putih
-parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
-Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
-Air Masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, Insya-Allah banyak air susunya.

CARA SUPPLEMENT 
1.GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.

2.Jamu Pil ASI



CARA PSIKOLOGI

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply.

Masa Pengepaman 

1)Cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 4 jam sekali
2)Malam bagi baby isap kerap ....sebab bila malam kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) Bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru.
4) Sblm pam minum air suam dulu....Lepas pam pon minum jugak.
5) Jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering. Jgn minum teh/nescafe tau.....


Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, Insya-Allah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman pada waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.  


No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...