topbella

Monday, April 4, 2011

Qaleesya Turun Tanah

Mesti semua orang terkejutkan kalo aku cakap aku buat kenduri turun tanah untuk anak aku (Qaleesya)...Hmmm...Semua mesti tertanya2 apa benda tu????Tak pernah dengar pun!!!
Begini...Sebenarnya semua ni adat orang2 lama...Tak tahu la...adat lama Orang Melayu atau Orang Jawa...Disebabkan keturunan aku asal Jawa, so aku rasa adat lama Orang Jawa la kot nye...
Kebetulan Sabtu yang lepas nenek aku buat kenduri arwah untuk atuk aku, so nenek aku sekalikan buat kenduri turun tanah untuk Qaleesya...sepatutnya genap Qaleesya 7 bulan tapi masa Qaleesya 7 bulan, Qaleesya tak berapa sihat and masuk hospital plak...so, posponed la sampai Qaleesya 8 bulan...
Turun tanah ni pun bukan apa, saja buat syarat untuk penuhkan adat orang2 tua...Aku yang tak tahu apa, ikut je la...Asalkan perkara tu tak memudaratkan...Sebelum Qaleesya dijejakkan kakinya ke tanah, ada la bacaan doa2nya yang dibacakan oleh Pakcik aku selaku Datuk Muda pada Qaleesya...Selepas doa, baru la Qaleesya turun tanah and melangkahkan kakinya selangkah demi selangkah...Yang kelakarnya, kat umah nenek aku tu penuh dengan batu...tanahnya tu kurang...Qaleesya plak jenis yang berstoking sepanjang hari kat umah..so, kaki dia lambatlah sikit nak melangkah..Tak tau la kenapa?Mungkin sebab sakit ada batu atau geli terkena tanah...agaknye la...hehehe...Penat la pakcik aku memegang anak aku tu...dah la semakin berat sekarang ni...
Lepas tu, bentangkan tikar kat anjung rumah diletak la bunga, pen, buku, makanan ringan untuk anak aku pilih yang mana satu yang dipilihnya...Last2 Qaleesya pilih pen marker...tak tau la pe maksudnya...




Note : Semua tu makcik aku kata buat suka2 je...yang penting doa tu je...beza ngan zaman dulu2 ada maksud2 yang tertentu...

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...