topbella

Tuesday, May 31, 2011

Anakku Cute With Romper & Tight Contest


Jom kawan2 kita join contest ni...
Juz klik je banner kat atas ni
Last day penyertaan 1 Jun 2011 (12tgh malam)
masih sempat lagi ni...
Contest ini ditaja oleh johor baby collection dan dnur healty & beauty 

Ni la baby saya yang bernama Qaleesya Amani...
Hope bertuah la ye...


Nama Baby : Qaleesya Amani Binti Shaikh Munasar Ramazan 
Tarikh Lahir : 21 Julai 2010 (10 Bulan)
Nama Ibu : Herda Binti Selamat

Nak Tag Dorang :

Wednesday, May 25, 2011

Teknik Mengajar Anak Menghormati Dan Mengeratkan Hubungan Ibubapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa "DILARANG" backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa "DILARANG" menengking/mengherdik/bertengkar dengan ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa "MESTI" makan bersama anak-anak

5. Jangan lupa "SENTIASA" berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak.

Resipi Makanan Bayi

Resepi Makanan Bayi

Fruit Puree
Bahan-bahan: 
1.Epal/Pear 
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Veggie Puree
Bahan-bahan: 
1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Chicken / Meet Puree
Bahan-bahan: 
1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil)
2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri
Cara Penyediaan:
Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan.


*Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan. 

"Balik ni nak cuba lah....mesti Qaleesya suka..."




Petua Hilangkan Selsema Pada Bayi



Selsema akan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas.  Ingin saya kongsikan serba sedikit petua yang saya baca bagaimana cara-cara untuk hilangkan selsema pada bayi.

1.Gunakan minyak kelapa dara/ minyak zaitun dengan kunyit - Ambil kunyit hidup dan gesekkan dengan minyak.  Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun2 bayi. Insya-Allah selsema akan hilang dengan cepat.


2.Gunakan madu - Madu boleh mengeringkan kahak.  Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari atau sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi.

Tuesday, May 24, 2011

Bubur Nasi Bersama Lobak Untuk Si Manja

Bahan-Bahan

2-3 cawan air
1/2 cawan beras
2 batang lobak sederhana
Air dan nasi dimasak sehingga nasi lembik
Cara Menyediakan:
1. Kukus dan kisar sebatang lobak
2. Sebatang lobak merah lagi dikisar dan diambil jusnya
3. Campurkan nasi yang telah dimasak hingga lembik dengan lobak merah yang dikisar
4. Campurkan jus lobak sehingga sebati

Menu Sihat 5 Hari Untuk Kanak2 Di Rumah Pengasuh


Ini adalah satu menu yang ringkas tetapi ia adalah seimbang dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Diharap ia dapat memberikan satu idea bagaimana nak menyediakan makanan seimbang walaupun ibu sibuk.
HARI\WAKTU
Sarapan Pagi
Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum Petang
ISNIN
1 gelas minuman coklat
+ 1 keping roti telur
1 gelas susu
+ 1 biji pisang
½ – 1 cawan nasi goreng
+ Air kosong
1 gelas susu
+ 3 keping biskut berkrim
SELASA
1 gelas susu
+ 1 mangkuk bijirin sarapan pagi
1 gelas susu
+ 1 potong betik
1 cawan sup ayam berlobak
+ ½ – 1 cawan nasi putih
+ Air kosong
1 gelas susu
+ 3 keping biskut bersusu
RABU
1 gelas minuman malt
+ 1 keping pancake
1 gelas susu
+ 1 biji limau
1 cawan bihun singapura
+ Air kosong
1 gelas susu
+ 3 keping biskut kraker
KHAMIS
1 gelas
1 gelas susu
1 cawan bubur ayam
+ Air kosong
1 gelas susu
+ 3 keping biskut marie
JUMAAT
1 gelas
1 gelas susu
1 keping telur dadar bersayur
+ 1 cawan nasi putih
+ Air kosong
1 gelas susu
+ 3 keping biskut berkrim

Proses Memberikan Makanan Pelengkap Bayi

Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. Anda digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda. Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:
  • Perkenalkan bubur nasi sahaja yang telah dikisar halus
  • Selepas seminggu, masukkan pula sayuran ke dalam bubur tadi. sayur yang dicadangkan ialah sayur hijau seperti bayam, kangkung atau lobak merah dll
  • Selepas seminggu masukkan pula sumber protein seperti ikan, telur kuning atau daging ayam
  • Bubur nasi perlulah seimbang dari segi zat karbohidrat, vitamin dan mineral serta protein
  • Memperkenalkan bahan satu persatu adalah untuk mengenalpasti bayi mempunyai alahan kepada makanan tertentu
  • Elakkan meletakan bahan perisa, garam atau gula ke dalam makanan bayi. Ini adalah untuk membolehkan bayi merasa bahan secara semulajadi

Bila Bayi Boleh DiBeri Makanan Finger Foods




Makanan finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objek dengan menggunakan tangan. Bayi berumur diantara 8 hingga 10 bulan boleh diberi makanan finger food ini. Makanan finger food ini diberikan untuk menambahkan tenaga dan zat  kerana bayi semakin membesar. Diantara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:
1. Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan
2.Memegang dan mengengam objek dengan baik menggunakan tangan
3.Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk
4.Boleh mula minum dengan cawan
5. Boleh mengigit dengan baik
6.Menunjukkan minat pada hidangan makanan
7. Dua gigi hadapan telah tumbuh
Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.

~Alycia Besday Giveaway!!~


Glitter Words

..."Dikesempatan ini Herda ingin mengucapkan Happy Birthday To Alycia...
Herda doakan semoga Alycia dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan segala apa yang Alycia impikan akan tercapai...Insya-Allah...
Semoga Alycia gembira & bahagia selalu disamping insan2 yang disayangi dan sentiasa mude and cute walaupun usia semakin meningkat"...

Nak Tag kat dorang La..

Petua Menambat Hati Suami

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.(penting ni...)

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.


Petua Meningkatkan Daya Ingatan

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

* Membaca Al-Quran*
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

* Amalkan Tidur Yang Cukup*
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan*
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan*
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

* Bersenam*
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

* Elakkan Kemurungan*
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

* Awasi Pengambilan Ubat*
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

* Belajar Sesuatu yang Baru*
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


8P Tips Kebahagiaan Rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'PUJI' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'PELUK' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'PENGHARGAAN' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'PERHATIAN' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'PERSEFAHAMAN' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'PERGAULAN'iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'PERCUTIAN' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'PERMOHONAN' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Lagu ni aku suke sangat bersesuaian dengan topik ni...

KELUARGA BAHAGIA

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya

Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia


"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...