topbella

Wednesday, May 25, 2011

Resipi Makanan Bayi

Resepi Makanan Bayi

Fruit Puree
Bahan-bahan: 
1.Epal/Pear 
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Veggie Puree
Bahan-bahan: 
1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Chicken / Meet Puree
Bahan-bahan: 
1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil)
2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri
Cara Penyediaan:
Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan.


*Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan. 

"Balik ni nak cuba lah....mesti Qaleesya suka..."




No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...