topbella

Sunday, October 9, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011 Di Kampung Husband~Penang

Tahun ni kira sejarah la bagi aku coz balik Penang awal and balik 2x raya tahun ni...Aku balik awal coz husband aku ada reunion member2 sekolah kat sana....Aku balik Penang 4 hari sebelum raya...Dengan harapan dapat balik raya Banting awal...Tapi hakikatnyaaaa.....huhuhuhu...sedih....Dapat beraya hari yang ke-3 kt Banting....

Apa perasaan aku????
Hmmm...Mau nye x sedih!!!Of course la aku sedih sgt2 coz tak dapat nak tolong mak buat persiapan juadah raya...Kesian mak kena kemas umah and masak sorang2 coz adik-beradik aku sume lelaki....
Yang paling sadis tu, nasi impit boleh rosak and hangus, gara2 mak aku tertido masa merebus nasi impit tu....Maklumlah xde sapa nak tolong....

Apa2 pun, aku kena redha coz aku dah menjadi isteri orang...Terpaksa terima hakikat bahawa suamilah yang paling utama....huhuhuhu...

Masa Hari Raya Pertama di Penang, macam biasalah...sesi berkumpul semua keluarga besar husband aku and sesi ucapan, pesanan dan bermaaf-maafan dari keluarga yang tertua sampai la yang bongsu...Lepas makan2 kitorang buat sesi bergambar beramai2 and mengikut family masing2...Memang meriah la....

Ni lah gambo2 kitorang yang sempat disnap sebagai kenangan:





Sebelum kami bertolak pulang ke Banting, kitorang dijemput ke rumah makcik husband aku...Makcik husband aku ni baru pindah, so ada wat makan2 sikit la...Lepas makan2 and puas berborak kitorang pun gerak nak balik Banting...Adalah lebih kurang pukul 9 mlm and Alhamdulillah kami selamat sampai ke Banting pukul 1.30 pagi coz hantar adik ipar aku dulu kat Bandar Tun Razak, KL...

Walaupun pada asalnya aku sedih coz tahun ni tak dapat nak beraya ngan family aku dulu tapi aku gembira coz husband aku pandai mengambil hati family aku lepas balik dari Penang, walaupun husband aku demam time tu...huhuhu...
"Thanks to you my hubby...."

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...