topbella

Tuesday, May 22, 2012

Kenduri Kesyukuran Dan Cukur Jambul

Lama aku menunggu imipian aku tercapai...Dah tiba saatnya aku nak bercerita pada kawan2 semua bahawa arini impian aku dah pun tercapai....Arini bersamaan 22 Januari 2012, genap 7 bulan rumah aku dibina dan kini telah pun siap dan aku sudah pun mula berpindah ke rumah baru aku...

Aku masih berpantang sebenarnya masa ni....baru 11 hari...kalo tak dijaga betul2 mau bentan...
(kata org2 tua la...)
Pada masa yang sama aku sekalikan Majlis Cukur Jambul putra aku yang baru 11 hari tu...Seminggu juga memikirkan nama putra aku ni...last2.... 
"Shaikh Muzaffar" 
adalah nama yang aku and husband pilih....

Disebabkan aturcara terlalu padat, so aku terpaksa separatekan waktu...

Pukul 12.30 pm - 5.00 pm :  Majlis Cukur Jambul
Pukul 7.30 mlm - 11.00 mlm : Majlis Kesyukuran Masuk Rumah

Majlis ni bukan lah majlis yang disambut besar2an...Para jemputan yang dijemput hanya Wanita UMNO Kampung Seri Cheding, saudara-mara, rakan2 pejabat dan jiran2 tetangga je...

Menu pun simple2 je...semua masakan hasil gotong-royong dari sedara-mara...
Menu2 adalah seperti berikut:

Nasi Ayam
Nasi Impit
Satay Ayam and Daging
Rendang Daging
Kuah Kacang
Bubur Durian Kacang Hijau
Kek Gula Hangus
Kek Masam2 Manis
Kuih Karipap
Agar2
Buah Limau & Tembikai
Air Oren Jus

Semasa Majlis Cukur Jambul, aku terpaksa pakai stoking coz masih dalam berpantang...tp kain batik tidak le aku nak pakai...nak juga bergaya walau berpantang...sampai tetamu semua bertanya, dah brp bulan????Aku yang malu2 jawab,"Baru 11 hari la makcik....hehehe..."Terkejut makcik2 tu...sbb awal sgt buat majlis...nak wat camne, nak wat skali jalan, malas nak wat 2-3 kali majlis....tak larat lah nok!Badan masih tak kuat sangat...

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Makanan mencukupi dan para tetamu balik dengan senyuman...Ramai yang puji rumah baru, baby and menu...Terima kasih kepada tetamu yang hadir dan kepada saudara-mara yang banyak membantu terutamanya tolong masak....U all the best la...

Hehehe...yang paling best, mummy dapat sumbangan gak dari Wanita UMNO dan para tetamu...orang jawa2 panggil "muyi"...Kaya la mummy masa tu....Tapi semua tu duit baby sebenarnya...mummy tolong simpan kan je bagi pihak...














Sedapnya tdo...baru selesai majlis...


At last...Acara tabur duit and gula2....saje suka2 wat memeriahkan majlis je....
Amboiii....Mak2 and bapak2 sekali join kutip duit and gula2...dahsyatttt!!!!
Diantara orang-orang kuat dapur...hehehe...
Anak2 buah acik makan satay ye....
 Kakak yang suke bergambar
 Sukenye kakak...Macam majlis kakak je...sedangkan majlis adik...

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...