topbella

Tuesday, July 31, 2012

Kisah Ketabahan Amyra Balqis & Ibunya

Harini saya ingin share kisah benar tentang "Ketabahan Seorang Ibu Yang Menjaga Anaknya Yang Kini Terlantar di Bilik ISO 1, Wad 4D Onkologi & Homotology, HUKM, Cheras Kerana Menghidap Penyakit Kanser Leukemia (Kanser Darah) Tahap 4 dan Kisah Seorang Anak JKecil Yang Begitu Kuat dan Tabah Dalam Menjalani Kehidupannya Yang Begitu Penuh Cabaran dan Kesakitan Dengan Tidak Menitiskan Airmata dan Cuba Mengukirkan Senyuman Kepada Semua Orang..."


Ternyata saya seorang ibu yang kini mempunyai 2 orang anak....Apabila anak saya sakit walaupun hanya demam, saya akan sedih dan xberhenti menitiskan airmata...Saya tak boleh tidur dan x selera makan dan berharap Allah akan sembuhkan anak saya segera...Itu baru sakit yang biasa, ini kan pula sakit yang berat...
Bagaimanakah reaksi aku?Tabah ke aku?Boleh ke ku menghadapinya?
"Ya Allah...Baru ku sedar, tabahnya sis Herna...bagaimana sis Herna boleh tabah dan menghadapi dugaan sebegini Ya Allah...Beratnya mata ku memandang...berat lagi bahu yang memikul Ya Allah...

Sahabat2 mari lah kita hayati sama2 kisah ketabahan anak dan ibu ini....

Comel kan kanak2 di atas ni...ini lah Amyra Balqis, anak cilik yang begitu ceria dan manis sekali...Anak bongsu dari 3 beradik...Sangat manja, peramah dan bijak...Siapa sangka anak secomel,secantik dan sekuat ini menghidap sakit Kanser Leukemia (kanser darah) yang kini sudah tahap 4....

Myra ni dulunya anak yg ceria dan sangat aktif orangnye sehingga saye tidak sedar yg dia ni sakit hingga pada satu ketika dia kerap mengadu letih dan sering kelihatan pucat lesu jer dan menampakkan kesan lebam atau kebiruan di beberapa tempat seperti di betis, lutut dan lain-lain tempat lagi di bahagian badan (macam kene gigit pelesit) orang tua-tua kate....Kalau di ajak berjalan Myra pasti minta dukung...Jika masuk kereta sahaje terus sahaja terlena...Kesian juga pada Myra coz kene marah juga kerana asyik minta dukung coz Myra kan dah besar, tak larat untuk saye dukung sentiasa..Myra ni jarang sakit dan pergi klinik/hospital....Mula dengan demam. Selalunye saya tidak suke ke klinik Kerajaan kerana terpaksa menunggu hampir satu hari semata-mata nak dapatkan rawatan. Saye cume bawa Myra ke klinik swasta sahaja....Makan ubat, baik demam...Ubat habis, selang beberapa hari, Myra demam lagi....saye pun melakukan perkara yg same iaitu pergi semula ke klinik swasta....dah kerap sangat macam ni, saye tak sedap hati coz risau mungkin kene denggi dll kerana kawasan rumah saye ramai yang dah kene denggi...Saye pergi juga klinik kerajaan di Presint 9, Putrajaya. Di sana, dia terus pergi makmal ambil darah Myra kerana Myra dah demam lebih 3 hari...Kali ni, lame pun lame lah....Result darah mendapati Hb, Platlet dan lain-lain lagi semuanya tak normal....Pada mulanya doktor pun saspek denggi. Mendapat surat rujukan agar Myra di bawa ke Hospital Putrajaya yg berdekatan dgn rumah saya. Sampai di sana, Myra sekali lagi di ambil darah. Result mendapati platlet bertambah kurang dan Myra di tahan di wad. Di Hospital, doktor dapati hati dan limpa myra makin membesar dan tidak normal jika dibandingkan saiz seusia dia iaitu lebih 5cm...Doc di Putrajaya mengambil darah lagi sebanyak 8 botol test dan dihantar ke KL. Keputusan mendapati terdapat sel kanser di dalam darah Myra. Untuk mengetahui kanser di tahap mana, doktor memberi saranan agar Myra di rujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Memandangkan di HKL penuh, doktor rujuk kes Myra ke PPUKM, Cheras coz di Hospital Putrajaya tiada kepakaran untuk kes Onkologi & Hematologi kanak-kanak dan chemo. Di sana, doktor telah menerangkan tentang penyakit kanser dan rawatan chemo kepada saya dan suami. Mengambil masa juga untuk mentandatangani proses pengambilan tulang belakang Myra sebelum ni. Semua saudara dan sahabat saye hubungi untuk minta pandangan....Ramai yg memberikan kata-kate negatif takut akan bahayanya jika di ambil sum-sum tulang belakang Myra..boleh lumpuh katenyer...Tapi tiada jalan lain kate doktor untuk mengetahui keaktifan kanser tersebut. Ibu mertua memang suruh Myra bawa balik untuk berubat kampung sahaja...tetapi, saya fikir tentang darah Myra...Di kampung, mana nak cari darah atau platlet coz hospital je yg boleh buat....tak sanggup pula nak ambik risiko berubat kampung coz ape2 nanti ke hospital juga akhirnya...Pada masa itu, perasaan saya Tuhan saja yang tahu...Sedih, bingung, takut, bercelaru, semua ada...menangis tu dah tak boleh nak kawal sampai bengkak 2 mata papa dan mama dibuatnyer. Nasib baik doktor telah beri kaunseling dan motivasi kepada papa n mama ini...Mana tak sedihnyer, antara 3 beradik...Myra lah yang mempunyai semua kelebihan....Sikapnya yang suke ambil hati, cerdik, cantik, baik hati, manje jika di bandingkan kakak dan abangnya..
Jalan dan keputusan terakhir, suami suruh saye pekakkan telinga je apa orang luar nak kate....Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...Anak kite, keputusan di tangan kite...papa myra beri semangat pada mama...Apa-apa yg berlaku nanti kite tak rase menyesal coz kite dah lakukan tanggungjawab dan terbaik untuk anak kite, katenyer. Berubat doktor dulu dan ubat kampung kite buat juga NANTI...Bab-bab chemo dan proses ambil tulang belakang memang sehingga kini kami tidak beritahu keluarga lain coz memang takut jika lihat proses atau protokol rawatan chemo ni...Sanggup tak sanggup lah!!...Proses ambik tulang belakang tu dah kira kewajipan tiap-tiap bulan dan bukan sekali je...paling banyak 3 kali sebulan...Pergh!!! Hati mesti sabar dan redha...Sebelum di hantar dengan ambulan ke PPUKM, badan myra terpaksa di masukkan darah dan platlet dahulu 4 beg. Di PPUKM, Myra membuat proses pengambilan sum-sum tulang belakang dan keputusan mendapati Amyra Balqis disahkan menghidapi penyakit Acute Lymphobladtic Leukimea (ALL Regemen A) dan menjalani rawatan chemo mengikut Protokol ALL 2003 di wad pedriatrik 4D (Onkologi &Hematologi), PPUKM 27 Oktober 2011 hingga kini....di sini, perjalanan hidup kami sekeluarga telah berubah...Hospital merupakan rumah pertama kami...Hanya berbekalkan kasih sayang yg ada, kesabaran, ketabahan,mental yang kuat sahaja yang boleh melalui kehidupan sekarang ini dengan penuh ketenangan...Tetapi untuk mewujudkan ketenangan yg hakiki, kepada Tuhan juga kami berserah dan berdoa serta sokongan keluarga dan sahabat-sahabat di luar sana....
Doakan agar saye terus tabah melalui semua ini dengan senyuman...
  coz saye rase itu yang membuat Myra terus ceria walaupun dia demam panas n sakit macamana sekalipun, senyuman tetap akan terukir di wajah si manje "Amyra Balqis"....

Ini gambar kenangan masa pertama kali Amyra Balqis masuk ke wad Onkologi & Hematology....Masih ceria walaupun Myra tahu dia sakit...Dr. Bubble disebelah yang sentiasa menceriakan Myra, sehingga Myra terlupa yang dia menghidap sakit serius...


Cak!!....Dr. Bubble datang ni!!
Itu lah karektor Dr.Bubble yang sentiasa menghiburkan Amyra Balqis di wad Onkologi HUKM dan sentiasa menjadi ingatannye hingga kini...
Adik Myra pernah bercerita kepada mama nya...
"Mama, Dr. Bubble tu baikkan...adik suke la kat Dr. Bubble tu..."
 Mama tanye pada myra kenapa cakap Dr Bubble tu baik?
"Sebab Dr Bubble tu kelakarlah Mama, dia buat adik ketawa...dia suke kacau adik, main ngan adik....dia pun bagi hadiah kat adik"....
Oooo....itu yang difikirkan si myra tentang Dr. Bubble rupanye...
Myra yg masih kecil dan tidak mengenali Dr Bubble tetapi dpt menilai Dr Bubble dpd pandangan pertamanye...
Dr. Bubble telah mengambil hati anak kecil ini dan menceriakan hidupnye...walaupun Dr. Bubble tiada disisi, myra pasti ingat pada Dr. Bubble....
Jika mengimbau kembali kenangan bersama Dr. Bubble, pasti myra akan senyum dan mula bercerita tentangnye..
Terima kasih Dr. Bubble di atas kenangan itu :-)



Ini adalah surat pengesahan penyakit "Amyra Balqis Binti Jefri" yang disahkan menghidap penyakit "Acute Lymphoblastic Leukaemia" daripada doktor dan kini sedang menjalani rawatan Kemoterapi di Wad 4D (Ongkologi & Hemathology) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempoh rawatan di jangka 2 tahun atau lebih bermula pada rawatan 28.10.2011 hujung tahun lepas....Kesian mama Myra terpaksa ambil Cuti Tanpa Gaji kerana perlu menjaga Myra di hospital...Sabar la sis Herna..Mungkin ada hikmah disebaliknya...
Esok myra akan buat chemo (suntikan vcr)...so harap-harap result darah myra ok (hb,platlet n antibody/anc)...kalau result tak ok, myra tak boleh buat chemo n kene postpon...kalau darah/platlet rendah confirm kene masuk darah/platlet pulak.Yela... dah 2 minggu myra kat umah kan...tak tau darahnye camner? Mama pun risau gak ni...myra ni jenis kuat n keras hatinyer...cucuk camne pun dia tak nangis....kira budak kebal jugak la...tapi kalau dah terlantar atas katil....hmmm...susah nak kata....

7.00 pagi tadi myra dimasukkan ke bilik ISO. Selepas hampir 2 minggu di hospital untuk treatment kemo fasa 4 (DI-1) tang kene kemo aspa yang ke-3 dipunggung, badan myra jadi panas cecah 40c, pipi pun nampak merah cam pakai blusher jer, tapi sekarang alhamdulillah myra dah stabil...sekarang diberi rawatan di bilik ISO untuk habiskan antibiotik seminggu dan kalau semua ok, anc ok sambung semula untuk kemo aspa lagi 3 kali dan kemo gantung doxo...pastu leh cuti balik jap, rest kat umah 2 minggu...pastu masuk wad balik 2 minggu untuk kemo arasi dan cyclo....harap2 myra tahan dan tak ade ape2 berlaku yg luar jangka....satu penantian yg cukup mencabar berakhirnya fasa-6 untuk ke rawatan maintenent....Masa terus berlalu, sedar tak sedar aku dah cuti kerje jage myra keluar masuk wad dah 6 bulan ni....
 Semalam lepas cucuk kemo vcr myra still masih lagi stedy jer...jam 4.00 pagi tadi terus demam  39.7°c....pergi hospital terus kene tahan wad ISO...harap2 myra ok.

Anak manje mama "Amyra Balqis"....Jangan nangis,sabar ye sayang...Mama doakan myra cepat sihat dan ceria macam dulu. Tak sampai hati mama tengok myra nangis sepanjang rawatan chemo ni. Tangan,kaki,ibu jari dah berpuluh2 kali kene cucuk. Darah,platlet dah berkali2 diisi. Sum2 tulang belakang n born marrow dah banyak kali kene ambik. Cuma cara chemo ni jer yang mama dan pihak hospital boleh buat. Tangisan dan jeritan myra sentiasa terngiang2 di telinga dan mata mama ni. Nampak sahaja diluaran mama ni happy go lucky, tapi hakikatnya dalam hati mama perasaan sedih,menangis dah terbendung lagi jika melihat wajah myra...Mungkin ini ujian Allah untuk mama dan papa agar lebih rapat dan mengingatiNya. Segala yg berlaku pasti ade hikmah disebaliknya :-)

Pukul 5.45pagi ketika ingin memberi myra susu ku dapati darah keluar dari mulut dan gusi myra...kemungkinan besar masalah kekurangan platlet membuat darah sukar untuk berhenti....nurse telah mengambil darah myra untuk di bawa ke makmal dan jika keputusan platlet masih rendah, myra akan dimasukkan platlet lagi....malam tadi dah 2 bag platlet masuk badan myra tapi masih tak cukup.....


2.00 pagi tadi papa myra datang hospital semata-mata nak bagi buah kiwi gold dan jus riovida (4life) kat myra setelah ramai yg bagi pendapat ok katenyer....so pagi tadi, myra tambah platlet lagi 2 bag menjadikan semuanya 8 bag dah diisi ke dalam badan myra selama 3 hari ni. Bagi gak jus riovida tu... Result platlet myra hari ni dah bertambah daripada 7,9 dan terkini range (17) - normal (150-400).....
bagi myra makan buah kiwi dia tak nak. Pi minta tolong org yg jual minuman kat cafe HUKM bagi blanded buah kiwi tu jadikan jus. So, apalagi...terpaksalah mama myra ni bagi myra minum jus kiwi gold tu gune picagari....nak, tak nak pakse gak myra minum....tengok petang tadi myra tambah sihat n dah boleh duduk. Tengok result darah esok camne pulak.....harap2 naiklah yer coz boleh sambung chemo kalau dah ok :-)
23.4.2012 (isnin): Hari ini keadaan myra bertambah baik dan boleh duduk tersenyum walaupun ku tahu myra masih lesu kerana beberapa hari tidak lalu makan/minum....Chemoterapy enjection Ara-c doktor lakukan juga hari ni .Petang tadi ketika myra teruja ingin menjamah naget tiba-tiba mulut/gusinya bleeding kembali.Yelah, dah naget itu yg dia nak kan...yg lain dah semua dibelikan pun tak nak makan. Perasaan seronok anak nak makan ni tiba2 je terbantut.Doktor lihat keputusan platlet myra masih rendah range (20). Sebelum ini platlet myra 7,9,17 dan 20 (normal range:150-400). Malam ni tambah lagi platlet 2 bag menjadikan semua 10 bag platlet dalam masa 4 hari... Sekarang myra terpaksa dimasukkan air coz tak nak makan/minum. Antibody pun rendah (anc: 0.4)....mmmm....camne yer???buah kiwi gold dah bagi...jus 4life riovida pun dah bagi, air zam2 pun dah bagi....esok nak test buah naga or durian belanda pulak...tapi....ade gak respon bagi kiwi gold n jus riovida tu yer :-) cuma tak banyakla naik platletnye tu. Kalau tgk budak lain kalau dah bagi beberapa bag result platlet dah beratus-ratus dah...ni cecah range 1/4 pun tak lagi...
 Jam 3.00pagi- di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Amyra demam panas 39c masih bertahan supaya tidak masuk bilik pengasingan ISO....kesian dia aku lencunkan napkin kat badan dia malam2 ni.nampaknyer malam ni myra tidur kesejukan...walaupun sejuk2 tapi myra tetap menurut apa yg aku lakukan...aku terharu sebab myra tak meragam seperti anak2 yg lain di wad...alhamdulillah senang myra memang mendengar kate :-)
 

24.4.2012 (selasa): Hari ni myra kene masuk drip air n on antibiotik lagi coz myra tak nak makan/minum. Nanti doktor nak ambil darah myra lagi, nak tgk result platlet naik atau turun takut bleeding...Malam tadi 2 bag platlet masuk lagi dalam badan myra sebab semalam petang mulut/gusi myra bleeding lagi. Hari ni dan esok, myra on chemo ara-c. Ingat nanti kalau myra dapat cuti balik umah nak bawa myra berubat alternatif ubat kampung/ ustaz pulak (air penawar)....cube2 manalah tau ade respon positif :-) 

Myra dah nampak sedikit perubahan...myra dah boleh senyum dan ceria seperti sebelumnya...walupun myra masih demam...suke myra bila dapat banyak hadiah sumbangan dari badan sukarela yg membuat lawatan di PPUKM ni...

Keprihatinan sahabat-sahabat semua membuat diriku lebih bersemangat dalam mengharungi kehidupan ini...Hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai cabaran yg datang melanda diri, hidup mesti penuh semangat dan lakukan sesuatu biar habis baik. Esok nak datang pejabat...Wahai para sahabat sekalian di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)...Aku merindui kalian semua.
Hari ini, aku berasa gembira setelah sekian lame tidak berjumpe dgn teman-teman pejabat lamaku (Unit Perancang Ekonomi, JPM)....Kehadiran kalian membuat aku serta Amyra kembali ceria....Terima kasih juga di atas sumbangan yg kalian berikan...."
14.5.2012: myra masuk darah lagi coz range darah cuma 7 jer (normal 12) ke atas...

14.5.2012: Myra kena masuk wad sebab darah hb kurang dan ruam spt kayap ular telah menyerang sistem pertahanan badan myra. Sekarang myra ditempatkan dalam bilik ISO...kesian myra menjerit2, kejap kate gatal, kejap kate sakit, kejap kate pedih...dah la kene tambah darah hb range 7 (normal 12 atas)...doktor dah bagi injection tapi tak ok jugak...papanye p cari ubat kg tapi tak taulah p cari kat mane tu...harap2 ok la coz tgk makin tambah dari yg aritu...cepat benorlah yer...berair la pulak tu...


Tengok lah...hampir bersambung kayap ular myra...risau aku...


Myra nangis n jerit-jeri coz tak tahan sangat rase gatal,pedin n sakit kat kayap ular tu...cian myra...tunggu jap sayang, mama panggil nurse/ doktor...


 Penat nangis....
Doktor bagi enjection, ubat makan (gatal) n sapu krim calamine lotion byk2 kat badan myra, akhirnya....
TIDUR juga Si Myra.....
Tenang sikit hati mama ni...perut mama lapar ni...mama nak makan ape2 stok yg ade coz ptg tadi tak sempat nak makan layan myra nangis, catering hospital dah ambik makanan kita tadi....sedehnyeeee...


Berubat kampung di Banting....

 "Cian anak papa ni...jangan nangis ye sayang...
Pedih sikit je tu....
Papa buat camni untuk ubatkan adik, biar adik cepat baik....
Papa tak sanggup tengok anak papa nangis mengadu gatal2 n tahan sakit camni lagi..."


"Ya Allah...Aku redha dengan dugaan yang KAU berikan kepadaku...Moga2 aku tabah menghadapinya...Aku dah puas menangis sampai dah tak keluar air mata lagi...."


Semalam nenek myra ada bagi daun-daun untuk ubat dan mandikan myra...Pagi ni, mama myra pi rebus dan mandikan si myra....pergh!! Bau harumannye satu umah....Last2, bukan myra je mandi daun hari ni...papa n mama pun tumpang mandi sama...segar sikit rase badan...Cam orang bersalin pulak, mandi air daun. Ade gunanye nenek kat kampung ni yer...Banyak pengalaman hidup :-)


"Mama....adik nak gentel rambut mama".....itulah kate2 myra kalau nak tidor....Semenjak myra botak sebab chemo ni...rambut mamanye jadi mangsa jari2 myra untuk menggentel...coz sebelum ni, memang myra suka gentel atau main rambutnye sebelum tidur...pernah aku belikan rambut palsu dan patung barbie untuk dia gentel rambut...tapi mula2 je dia nak.....lame2, dia dah tak nak....Aku tanye pada myra nape tak nak gentel rambut anak patung (rambut palsu) tu lagi....so, myra kate...." Adik tak nak gentel rambut yg ni....adik nak gentel rambut mama....nak rambut mama jugak!!..rambut ni kusut!! Nanti mama syampoo kan yer rambut anak patung ni.Rambut mama tak kusut, adik nak gentel rambut cam mama" aduh! Camtu pulak!! sambil menangis....ayat...macam org tua2 je cakap myra ni..hu..hu...hu..terpakselah aku turutkan juga n baring sebelah myra sambil myra gentel rambutku..Kalau tak, paham2 je la...satu bangunan ni dengar suara dia ni...Gentel2 punye gentel, lame sikit....myra tertidor...Tapi...jari myra pula dah terbelit dgn rambut mamanyer ni pulak coz rambut mamanye panjang sangat...
 tengah berusaha lepaskan jari myra dpd rambut aku ni coz kene buat pelan2...nanti myra terjaga pulak.Macam2 kan ragam anak-anak ni :-)

  Peaceee!!!!Walaupun myra ni sakit, myra tetap senyum untuk semua orang disekelilingnya...Botak-botak pun, myra tetap menawan di hati mama...mama tetap sayang kamu...
"Saaaayang Myra".....selamanya!! 

Tengoklah aksi2 anak2 ni...si myra sibuk nak pakai bedak biar nampak cantik...kakak pun layan kan jela...abis kosong bedak mama...sambil mama tersenyum tengok muka kakak ngan myra yang dah macam hantu jepun...tak jadi nak marah...sabar jela....

Myra tengah bercerita ni...
Penuh penghayatan betul si myra ni...
Siap ade gaye...tangan pun gerak juga...
Myra suruh kite orang dgr dia cerita...
Marah betul dia kalau kite tak nak dengar dia cerita...
So...layan aje la :-)
 Walaupun myra sakit tetapi myra sangat bijak...myra pandai bercerita dan hafal surah2...Itu lah kelebihan dia..."Allah memang Maha Adil..."

Anak-anak mama...

Bihub Lillah bin Jefri
Farah Nabilah binti Jefri
Amyra Balqis binti Jefri

 Semoga kalian menjadi anak yang baik, solleh dan sollehah...
Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua...
Walau apa pun yang berlaku...
Mama dan papa tetap sayang kamu!!
Amiiiin...

 
 
Di antara makanan, minuman dan keperluan myra untuk sebulan....

* Susu khas (PediSure) - 4 tin atau lebih
* Air Zam-Zam - (2 tong)
* Jus Riovida (Forlife) - 1 kotak (2 botol)
* Olive Oil - (1 botol)
* Jus buah delima - 1 botol
* Pampers - 4 bag
* Dan lain-lain. ...

Demi sayang mama n papa pada myra, mama n papa sanggup usahakan dan sediakan semua ni untuk myra walaupun kosnya adalah agak tinggi bagi mama n papa...myra pun tau slip gaji mama masih tidak bergaji lagi kan....tapi nilai kasih sayang mama n papa pada myra tidak terbanding nilainya jika nak dilihat atau dibanding dengan sebuah nilai nyawa anak mama ni....Mama sanggup lakukan apa sahaja demi kesihatanmu anak mama "Amyra Balqis"....
Mama sayang kamu....


Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)....
4 JUN 2012....KAMI DATANG LAGI....
Doktor n Nurse2 Wad 4B....tunggu kehadiran kami!!
Siap sedia untuk rawatan chemotherapy (VCR) Myra hari ni....
 




 Ubat DEXAMETHASON 0.5MG TABLET (7 Biji-1 hari)....
Ubat ni la yg buat myra setembam2 nye pipi macam kene botox...
Semua ingat myra tembam sbb makin sihat tp sebaliknya...Jangan disangka montel seseorang tu kerana sihat....

Rindunye....pada pipi myra yang gebu ni!!
Sekarang pipi myra dah tak gebu camni.....
Myra dah tak nak makan sangat...
Pening mama memikirkan ape makanan yang myra nak makan...kan seronok kalau dapat tengok myra makan byk :-)


Cedapnyeeee mama...
Alamak!Mama!mulut adik dah comot dah...
Apa lah adik ni...
Dah nak abis adik makan aiskrim ni...lucu lah adik ni...
Myra mmg suke wat lawak...

 Peaceee!!!Dr. Bubble...see my tshirt...I LOVE U...
Myra sibuk suh Dr.Bubble buat tshirt... I LOVE U DR.BUBBLE...untuk cenderahati akan datang...
myra mmg tak pernah lupa pada Dr. Bubble...syg sgt2 myra pada Dr.Bubble...
Myra sibuk suh mama belikan aiskrim...myra sibuk nak makan mcm kawan2 lain...
Myra kata nak makan aiskrim ngan Dr.Bubble tapi xdapat...makan aiskrim ngan mama je la myra syg...
pastu sibuk suh amik gambar myra pakai baju LOVE tu sbb nak tunjuk kt Dr.Bubble katanya...
Layankan jelah, asalkan Myra happy.... :-)



23 Jun 2013....Myra menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Childhood Cancer Caring Society Of KL (CARE'S)...khas untuk anak-anak kanser (HKL, PPUM dan PPUKM) dan jemputan khas sahaja...Di antara aktiviti/ program yg dijalankan;

1. Kraftangan:
Myra buat frame gambar sendiri, anak patung, hias belon, buat keychain, gelang, rantai, topi dll....semua aktiviti myra yang buat coz penjaga cuma boleh to...
long tengok jer. Myra pun memang suke buat sendiri n tak suke orang lain tolong...Myra suke sangat ade orang catkan kuku dia...coz mama myra tak pernah buat or pakai..balik, salah satu cat pada kuku myra tertanggal...so, menangislah dia tak berhenti....balik ni nak p cari inai, bubuh inai je bior tak tanggal...

2. Persembahan silap mata:
Myra suke n kuat dia gelak time badut ni buat lawak tapi dia takut dgn badut yang cares bawa ni...Myra lebih suke pada Dr Bubble coz kalau badut tu dekat je Myra nangus n takut...hu..hu...cume dia nampak happy dgn badut2 perempuan coz muke badut2 tu tak tak di warnakan sangat...neutral face cam Dr Bubble, so...dia suke :-)

3. Persembahan live band:
Artis: Najwa Latif n artis China...
Bukan main lagi myra....berjoget2 n nyanyi lagi....
Lebih-lebih lagi Najwa Latif tu bawa lagu kegemaran myra "Lagu Cinta Muka Buku"....Nampak myra happy sangat!

4. Hadiah:
Semua aktiviti atau projek yg myra buat semua boleh bawa balik...myra dapat frame, anak patung, belon, t-shirt, alat tulis dan byk lagi yang diberi dalam bag....Siap je gelang dan rantai yang myra buat tu, terus je myra pakai, tak bagi mama tanggalkan....Tapi yang paling nice, myra dapat cenderahati photo dan frame yang myra buat sendiri...pandai myra bergaya time sesi fotography....layan ajerrr...

Balik umah, tidor pun dengan rantai, gelang, kuku baru dan gambar yg dia buat tu....Nak alih, takut terjaga pulak...Nampak myra dah letih, so syyyyyyy.......bagi myra rehat ok!!

Mama doakan dan berharap agar kehidupan Myra dapat ceria setiap hari dan makin bertambah sihat akan kesihatan myra hendaknya...mama akan lakukan apa sahaja untuk buat myra gembira....

Amiiiin...

1 Julai 2012....
Wad Pediatrik 4D (Onkologi & Hematology) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)...
Kami datang lagi....
Nurse-nurse, doktor-doktor dan kawan-kawan di wad, tunggu kehadiran Myr nanti yer....
Ni lah barang-barang yang kene bawa....penuh kereta ni!!
Ni belum tambah lagi dengan stok makanan Mama Myra dan Myra lagi....
Nanti beli time dah nak pergi nanti...
Kami akan berkampung di hospital lagi....

 Alhamdulillah....
Prosedur IT dan Bone Marrow (ambil air sum-sum tulang belakang dan pinggang) telah berjalan dengan lancar....Bermula 10.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi di Aras 2, Dewan Bedah tadi, kini myra telah sedar daripada ubat bius dan berehat di katil....Myra dinasihatkan agar baring di katil selama 6 jam untuk proses ubat IT berjalan dengan sempurna ke otak....Myra, siap sedialah kamu untuk chemo gantung drip doxo dan Cucuk VCR esok pula yer.....Harap Myra terus kuat!! Be strong my dear....

Bone Marrow dan Intrathecal MTX (IT)....
Salah satu prosedur yang perlu dan wajib dibuat oleh pesakit kanser darah seperti anak Amyra....
Bone marrow atau pengambilan sum-sum tulang adalah cara untuk mengesan keaktifan kanser dlm badan, manakala IT pula adalah ubat yg akan dimasukkan ke dalam sum-sum tulang belakang supaya sel kanser tidak merebak ke otak...Untuk pengetahuan semua, sepanjang rawat...
an chemo, Myra telah menjalani pengambilan Bone Merrow (ambil sum-sum tulang) sebanyak (7 kali) dan IT masuk ubat di sum-sum tulang belakang sebanyak (13 kali)....dan akan datang prosedur akan di buat tiap-tiap 2 bulan pula...Lihat....betapa hebatnye kanak-kanak sekecil Myra ini untuk menanggung kesakitan melalui proses sebegini....itu belum chemonya lagi....sedangkan bagi orang yang sihat untuk diambil sekali sahaja sum-sum tulang belakang sudah takut....
Bagi Myra, semua ini sudah biasa....Myra memang budak kuat!!
Tak taulah bagaimana yang Myra rase, walaupun sakit, sedar sahaje....
Myra tetap senyum...
Berkorban apa saje demi anak tercinta....

 3-5 Julai 2012 ni Mama Myra sebenarnya akan menduduki exam 3 paper yg dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) di UNITEN, Bangi bagi Peperiksaan Kenaikan Pangkat (KPSL) ke Gred 27....
Demi Myra....mama korbankan untuk tidak menghadiri peperiksaan tersebut....
Memang hati mama ni sebenarnya amat teruja untuk ambil exam tersebut kerana jika m...
ama lulus exam tu pasti gred serta gaji mama akan bertambah dan mungkin kehidupan kite akan lebih senang nanti....
Tapi.......
Mama tak sanggup tinggalkan Myra buat chemo tanpa mama di sisi....
Tak apa lah sayang....
Duit mama boleh cari, tetapi anak mama Myra tiada yg boleh gantikan dari hati mama ni....
Hanya "Amyra Balqis"....
Walaupun mungkin ade pengganti, tetapi tidak same dengan dirimu....

Piiiieeeessss!!!
Walaupun sakit...Myra tetap senyum...
Sesungguhnye senyumanmu itu membuat mama rase bahagia...
Tapi...mama tahu dan dapat merasekan, bahawa senyumanmu itu hanya sekadar untuk menggembirakan hati mama sahaja dan bukan senyuman dan kegembiraan myra yg sebenar...
Kesakitanmu itu tetap dapat mama rasakan dengan melihat wajahmu itu.....
...

Kerana mama lebih mengenalimu....
dan mama dapat merasakan perasaan sebenar akan wajah kegembiraan dan kemanisan senyuman "Amyra Balqis" yg sebenarnya....
Smile n happy always ye sayang.....
Mama akan tetap di sisimu memperjuangkan nasib dan kebahagiaan kita bersama...
Kite hanya berusaha, berdoa dan merancang...
Dan hanya Tuhan sahaja yg akan menentukan segalanya....
 
10 Julai 2012 (Rabu)....
Hari ini Myra kelihatan ceria kerana menyibukkan diri dengan aktiviti membuat rantai leher, gelang tangan dan kaki untuk kawan-kawan di wad....set peralatan untuk membuat rantai dan gelang ini dihadiahkan kepada Myra oleh Antie Sandra pada hari Selasa (semalam)....Antie Sandra dan rakan-rakan adalah salah seorang sukarelawan yang akan melawat pesakit kanser pada setiap har...
i Selasa....Walaupun badan tak larat, datang Antie Sandra dan rakan-rakan membawa hadiah-hadiah, terus je budak-budak di wad bangun untuk memilih hadiah yg di bawa....So, myra sedang menyiapkan gelang-gelang untuk kawan-kawan di wad ni....Gelang tersebut myra buat sendiri tau dengan bantuan mamanyer....dan dengan melakukan aktiviti ini, hari ini myra mendapat pengetahuan baru tentang warna....
Sekarang, sedikit sebanyak myra dah kenal warna....
Mama ajar kenal warna :-)
Gambar tu, myra sedang kira gelang untuk kawan-kawannya...Naufal, iman, latifah, jia dan putri telah myra beri...yang lain belum sempat myra nak buat lagi....
Harap, kawan-kawan myra suke gelang yg myra buat tu ok....
Untuk kakak Farah Nabilah dan abang Bihub Lillah kat umah...
Adik ade buat untuk abang n kakak jugerrr....
Tengoklah si Myra tu, dah jadi model pakai rantai, gelang tangan dan kaki buatan sendiri....

12 Julai 2012, Jam 4.00pm...
Myra masuk juga bilik ISO 1 akhirnye....
Suhu badan Myra cecah 40'c....
Semoga suhu badan Myra turun ke suhu normal...
 
13 Julai 2012, Sabtu....

Piiieeees Dr Bubble n kawan-kawan...
Dr. Bubble melawat Amyra dan rakan-rakan di wad Onkologi...
Tetapi, Myra tidak berpeluamg untuk bersama-sama bergembira dgn rakan-rakan melakukan aktiviti bersama Dr Bubble kerana Myra berada di bilik ISO....
...
Walau bagaimanapun, Dr. Bubble tetap menghiburkan Myra melalui cermin bilik ISO tempat Myra di rawat... Dr Bubble mendendangkan muzik yg dapat didengar oleh Myra dari dalam bilik melalui cermin kaca tingkap tersebut...Dr Bubble beri bebola merah kepada Myra untuk melepas rindu.....
Lihat!!
Myra yang sedang demam, terbaring lesu...
Melihat Dr Bubble jer terus sahaja Myra bangun...
Bukan sahaja Myra yang gembira hari ni...
Papa dan Mama pun gembira juga...

"Kami sayang Dr Bubble".....

Kasihnya ibu dan ayah...

Kasihnya IBU.... MEMBAWA KE SYURGA....
Kasihnya saudara....
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya AYAH... SANGGUPKAH BERPISAH....
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal KAU BAHAGIA....
 Kuatnye penangan Rawatan Chemotherapy....
Rambut adik Myra luruh dan dalam proses menjadi botak...
Bukan sahaja akan menjadi botak, tapi botak yang licin berkilat....Myra, jangan nangis ye sayang kalau rambut tak ade nanti....Sebelum ni pun Myra dah pernah rase menjadi budak botak yang cute n comel kan...nanti mama belikan topi yg cute2 lagi dan tudung-tudung yang menawan...
Be strong my dear...jangan baring jer, mama risau ni coz kali ni mama tengok adik nampak tak daye sangat. Asyik nak baring jer...tak macam sebelumnye....
Please sayang....jom makan!!
Merenung sejenak wajah anakanda tercinta...
Kesian mama tengok myra...
Kulit bertambah gelap, rambut, bulu mata serta kening hampir pupus dek penangan chemotherapy DI-2 baru-baru ni.
Tapi mama rasa lega coz adik bertambah montel...
Tak sia-sia mama paksa adik makan walaupun kene bedung macam baby....Moga adik kembali aktif dan ceria semula untuk menempuh kembali chemo yg lebih berat lagi 3hb nanti....Mama yakin adik myra kuat untuk tempuh semua ni...

 
Menjaga myra yang berumur 4 tahun seperti menjage baby berusia 8 bulan...Aktiviti harian, makan dan tidor sahaja....Tidak seceria dan bermain-main seperti dahulu...Berehatlah wahai anakku Amyra Balqis...Bersedialah untuk tempuh chemo yg lebih berat ogos nanti...Mama doakan dirimu kuat untuk hadapi semua ini...

29 Julai 2012 : Ahad
Jam 2.30 pagi

Myra demam secara tiba-tiba dan suhu badan 39'c.....
Masuk wad semula....
Bilik ISO 1, Wad pedriatrik 4D (Onkologi & Hematologi)
Mama doakan semoga anak mama cepat sembuh....
Amiiiin Ya Robbal Alamin
Sepatutnya myra masuk wad 2hb ogos nanti. Gara-gara demam, terpaksa masuk wad awal....Chemo kali ni myra nampak tak larat sangat...semalam ok kejap, pastu demam balik.....dos chemo pun dah naik daripada yang dulu. Harap-harap myra tak ade apa-ape...

Myra dah kene start on antibiotik....
Drip air pun dah pasang takut kurang air dalam badan....
Suhu badan masih naik turun...
Rambut pun dah botak sepenuhnyer....
Doakan myra cepat sembuh yer...
Boleh raye dengan mama, papa, abang ngan kakak kat umah nanti....
Please myra....kuat ye syg...mama nak myra cepat sembuh dan ceria seperti dulu... :-(



30 Julai 2012 : Isnin
Jam 4.00 petang....

Suhu badan myra kini turun 37.8'c tetapi masih dianggap dalam keadaan demam kerana range suhu badan yang normal (37'c)...
Masih on drip air dan antibiotik dalam badan...
...
Jika dilihat pada bahagian bawah kuku myra kelihatan berwarna kebiruan/kehitaman dan muka myra kelihatan bertambah gelap dan kelicinan botak si myra juga jelas kelihatan kesan daripada rawatan chemotherapy....
Muka serta tubuh myra juga kelihatan sembap/ tembam/ chubby kesan daripada ubat DEXA iaitu sejenis ubat yang perlu dimakan oleh myra ketika salah satu prosedur chemo yang dijalankan.....
Jangan sangka budak montel pastinye sihat2 belaka...
Dan tak semestinye budak botak itu trend...
Mama jadi fobia lihat budak kepala botak coz terbayang-bayang sakit kanser si "Amyra Balqis", botak sebab kene chemo...

Please, please, please....
Myra jangan demam...
Kalau myra demam, doktor tak boleh nak buat chemo lagi....
Chemo tunda dan lambat nak habiskan rawatan ikut prosedur Protokol chemo UK Acute Lymphoblastic Leukimea (ALL) 2003 ni nanti.....
Lama lagi lah mama nak kene cuti tanpa gaji lagi, coz asyik tunda je myra demam...
Pejam, celik, pejam, celik dekat setahun dah ni mama cuti jage myra....




30 Julai 2012 : Isnin
Jam 11.40 malam....

Suhu badan myra 37.4'c...
Myra menangis kuat ketika masuk drip antibiotik....
Melihat pada line tangan myra, didapati line tersebut telah membengkak pada tangan kirinya....hujung2 jari dan kuku myra dah start bertukar colour kehitaman...
Terpaksa set line baru....

Kalo myra baik demam tinggal IT, chemo gantung cyclo - 1 kali, cucuk drip VCR - 1kali, cucuk Ara-C kat bahu - 8 kali untuk habiskan phase DI-2 ni....

31 Julai 2012 : Selasa

Jam 6.00 pagi....
Myra demam lagi, suhu tinggi 38.8'c....
Mama bubuh napkin basah kat kepala, towel kecik kat dua belah ketiak myra....                          Doktor biasa dah cek myra, antibiotik dan drip air sambung lagi tapi tak tau sampai bila, kene tunggu prof atau Dr Loh bagi tau time buat rondaan pagi ni nanti....
Nak kene ambik darah lagi dan sample urine....
Nampak gayenyer, kene pospon chemo lagi la kot....
Ape2 tunggu Dr Loh cakap ape nanti....
Mama baru je nak senang hati coz semalam keadaan myra dah ok nampaknyer....
Anak2 Onko ni sukar diramal kesihatannye....
Hati ibu selalu debar2 jer...segala kemungkinan boleh berlaku....
Mama sedang berusaha membacakan ayat Shifa dan Manzil untuk Myra tiap-tiap hari....
Semoga anak manje mama cepat sembuh dan boleh berceloteh banyak2 kat mama lagi..



31 Julai 2012 : Selasa
Jam 2.30 petang....

Alhamdulillah....
Suhu badan myra telah mencapai tahap normal 37'c....

Tetapi masih bubuh napkin coz takut suhu naik lagi...
Sudah boleh tersenyum, duduk dan dah pandai meleter mamanyer...
Pagi tadi jam 11.00pagi, adalah hari yg dinanti-nantikan oleh semua anak-anak onkologi di PPUKM kerana Antie Sandra n friend (badan sukarelawan) akan datang melawat anak-anak dengan membawa hadiah....
Pada 29hb Julai 2012 tempohari, kru sukarelawan n wakil artis datang buat lawatan juga....myra dapat bag yg berisi makanan, biskut raya, stiker kartun, bekas makanan/minuman, belon, duit raya dan yg paling specialnye myra dapat kad ucapan Selamat Hari Raya daripada artis
"JIHAN MISKIN".....
Time tu myra tengah mamai2 baru bangun tidor...
So hari ni....mama p tunjuk kat myra....Tak sabar dia terus nak selongkah barang yg dia dapat tu....
Senyum lebar dia hari ni....
Harap-harap myra tak demam lagi lah hendaknyer yer....
Amiiiin :-)

Mengimbau gambar kenangan ibu bapa arwah adik Firdaus sahabat Myra di hospital....Banyak kenangan bersama keluarga ini....kerana pengalaman menjaga arwah adik firdaus dan detik kematiannye dilalui bersama ketika menjaga myra di wad pedriatrik 4B onkologi n hemotologi....Hati ini akan tersentuh apabila melihat wajah-wajah ini....Menitis air mata tanpa disedari...tekak menjadi sakit menahan sedih di...
hati. Gambar ini di ambil di hari adik firdaus disemadikan....Anak-anak seperti myra ini tidak boleh diramal keadaan kesihatannya. Mungkin hari ini nampak ceria dan sihat tetapi esok tiba-tiba di icu dan mungkin hari esok hari terakhir.... Hati ibu ini sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala keadaan dan kemungkinan yg bakal menimpa....Walaupun ketika arwah adik Firdaus dalam koma dan hanya terbujur baring, namun si ibu dan ayah ini amat tabah melayani anaknye sehingga hujung nyawanya....sentiasa bermain ipad yg dihadiahkan dpd badan sukarela kepada arwah adik firdaus...walaupun hanya kelipan mata adik firdaus sahaja yg memberi tindakbalas kepadanya....waktu itu memang kulihat depan mata kerana bilik adik firdaus berhadapan dengan bilik myra tika itu...
Kematian....
Ianya telah menjadi kebiasaan mata ini menatapi dan menghadapinya. Hati akan menjadi sedih yg teramat kerana salah seorang sahabat anak telah pergi selama-lamanya. Anak-anak di wad sudah dianggap seperti anak sendiri...Kekadang ade terlintas difikiran....
Adakah aku telah sedia dengan keadaan yang sebegini???
Ya Allah....hanya Kaulah yang Maha mengetahui hati ini....
Berilah aku kekuatan...tetapi seandainya itu kehendakmu dan takdirku, aku redha....
Pastinye akan ada yang menanti di sana....
Rindu pada arwah adik firdaus dan keluarganya....

Al-Fatihah pada arwah adik Firdaus....
Dugaan yang menimpa jangan sesekali dikesali...
Wahai diri "Sentiasa Bersyukur" atas nikmat yang diberi, kerana kadangkala kite tidak sedari akan nikmat itu....

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassallam bersabda maksudnya :

"Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu....
Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya dihadapanmu.
Kenalilah Allah semasa senang, nescaya Dia akan mengenalimu semasa susah.

Bila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah,
Dan bila kamu minta tolong,
Maka minta tolonglah kepada Allah” ........
(Hadis Riwayat Ahmad).
 

 Kepada sahabat-sahabat tolonglah doakan segala urusan Chemo Myra dipermudahkan dan doa akan kesihatannye selalu semoga Amyra dapat cepat sembuh dan ceria seperti dulu.....

 


"Ya Allah....Ku berdoa semoga Kau sembuhkanlah anak kecil ini semoga hidupnya ceria seperti dulu...ringankanlah bebanan dan dugaan kedua ibubapanya...semoga kedua ibubapanya tabah menempuh hari2 yang mendatang...Amin..."
"Mood penulis:sedih dan menitiskan airmata.... :-(  "

Note : Kisah Myra yang terkini boleh dibaca di Majalah Rias keluaran November 2012....

24 comments:

  1. Kak,I doakan Amyra sihat secepat mungkin dan ceria sentiasa :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedihnya bila baca coretan akak tadi...saya doakan adik myra tabah, kuat semangat, sihat dan ceria sentiasa....

    ReplyDelete
  3. semoga Allah beri ketabahan n kekuatan hati kat papa n mama mira... hope dpt update pasal kesihatan mira..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah..semoga tabah.Doa saya dari Johor Bahru, semoga Allah memberi yang terbaik untuk ibu bapa dan adik Amyra Balqis.

    ReplyDelete
  5. mmg tabah tgk ibu tu ,,kesian budak tu..

    ReplyDelete
  6. Ya allah, kita yg besar nie pun rasa tidak tertanggung menanggungnya,apatah lagi dia masih budak kecil.. moga engkau memberi ksembuhan pada adk miera dan engkau tabahkan hati kedua-dua ibu bapanya YA ALLLAH!!! amin....

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, betapa tabah hati si ibu. Mengalir airmata membaca kisah Amyra ni. Semoga Allah memberi kesembuhan pada adik si kecil ini.

    ReplyDelete
  8. Sebak bila baca coretan akk ni...hanya pesakit kanser yg melalui rwtn kemoterapi sj dapat memahami lebih dalam apa yg Myra rasa...sy doakan semoga Myra cepat sembuh..Insyallah...sy juga bekas pesakit kanser sewaktu masih sekolah...sy tinggalkan setahun alam persekolahan untuk melalui rwtn kemoterapi dan pembedahan...alhamdulillah skrg sy berjaya lalui semua ujian itu & kini menuntut di tahun akhir ipta...Chayok ye Adik Myra mesti KUAT!!!! May Allah Bless u My sweetlittleprincess....KUATKAN SEMANGAT MYRA MESTI BOLEH BUAT!

    ReplyDelete
  9. Cuba lah bagi prod usanimal dari usana,mungkin di izinkan Allah dapat membantu.saya pernah dengar ada kes begini dan di izinkan Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya blh tolong dapatkan dari singapore rm 80,halal.my no 0164119055

      Delete
  10. Assalamualaikum puan.... anak sy senasib dgn anak puan. ALL Leukemia. Bila sy baca blog puan, sy sebak..mmg sama mcm anak sy Hannan Mahirah 3 thn 6 bln. Skg anak sy sdg melalui protokol 1. IT dah 2x, masuk ubat ke chemoport 6 jam... n esok akan kena cucuk aspa. Doc ada bgtau cucuk aspa mmg sakit.. harap2 anak sy ok esok..amin. Puan, mcm anak puan skg?

    ~Helmi Kulim~

    ReplyDelete
  11. To En. Sallehuddin Shuib, boleh sy tau, apa itu prod usanimal?

    ReplyDelete
  12. Hih Puan..Mengalir air mata baca apa yg Amyra lalui..
    Apapun saya akan mendoakan kesihatan Adik Amyra dan adik dapat cepat sembuh.. Sayang adik Amyra..
    I realy hope she'll get well soon..

    ReplyDelete
  13. ya Allah,betapa hebat ujianMu ya Allah..
    semoga keluarga adik myra tabah mghdapi ujianNya.
    tersentuh naluri keibuan ni bl bca kisah adik myra. moga cpat sembuh dan dikurniakan ksihatan yg baik.. IN SHAA ALLAH.
    sabarlah sayang,be strong my dear..

    ReplyDelete
  14. Salam. Moga dirahmati allah...

    ReplyDelete
  15. allahuakbar menjurai2 air mata nie tika bc kisah adik myra nie, ya allah kau tabahkan lah hati kedua ibu bapanya, kau permudahkanlah perjalan hidup adik myra, lakukanlah keajaipan mu ya allah, kau sembuhkan lah adik myra sepenuhnya, moga dia dapat membesar seperti kanak2 yg lain, kau berikan lah rezeki yg melimpah ruah utuk keluarganya, kesian nie lah mereka, ya allah...xsanggup ku melihat adik yg secomel ini menderita dicucuk2 sanasini, sakitnya ya allah, ya allah makbulkanlah segalah doa ibu myra...ameen...

    ReplyDelete
  16. YA ALLAH,,sy sdh sgt membaca coretan akak n adik myra..sy doakan adik myra akn sembuh n ceria seprti kanak2 yang lain dan akak kena kuat n tabah menghadapi dugaan ni.amin..

    ReplyDelete
  17. ..sungguh tabah menghadapi dugaan
    sebak & menitiskan airmata membacanya
    semoga diberikan ganjaran dan kerahmatannya...

    ReplyDelete
  18. Ape keadaan amyra skrg?

    ReplyDelete
  19. adik amyra syg,mkck doakan adik dah sihat skrg ni..smga Allah berikan kesihatan,kebahagiaan dan kesabaran buat adik comel..speachless...ujian tanda ingatanNya buat kita smua

    ReplyDelete
  20. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 militer or 0.6 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama and herba herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  21. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI : KANSER PARU-PARU KANSER USUS BESAR KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM KANSER PUNDI KENCING LEUKIMIA KANSER REKTUM/DUBUR KANSER TULANG KANSER OTAK KANSER OVARI KANSER HATI KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA KANSER PAYUDARA KANSER RAHIM KANSER PROSTAT KANSER PERUT KANSER PANKREAS KANSER PITUITARI KANSER KELENJAR LIUR KANSER VAGINA/FARAJ KANSER KULIT KANSER MULUT KANSER HIDUNG KANSER TIROID KANSER TEKAK KANSER TESTIS KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete
  22. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    ReplyDelete
  23. 017 468 7570 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN MAAF TERSILAP TULIS NBOR FON

    ReplyDelete

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...