topbella

Friday, October 5, 2012

Adam & Hawa


Adam Mukhriz
Ain Hawani

Adam & Hawa...Kisah ini sangat2 best...Pada asalnya aku malas nak baca novel ni tapi bila tengok Drama Bersiri Adam & Hawa di Astro Mastika HD ,hati ni asyik bergelora je,membuak2 rasa nak tengok...mula2 sabar melihat satu episod demi satu episod tetapi lama2 rasa dah tak sabar nak tunggu sambungannya...lambat sgt nak klimaks cite ni...dah la kena tunggu 80 episod...Oh Tidak!!!!

Last2, terpaksa la baca novel untuk tahu ending dia...
Huhhhh...2 hari juga la aku baca novel ni...mmg best...Sedih, romantik, happy ending...mmg best la...
5 Star aku bagi....

Meh nak cite sikit Sinopsis citer Adam & Hawa ni...

Ain Hawani, adalah seorang guru gantian tadika di Tadika Bintang Kecil milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang bersifat kasanova @ playboy...Ain Hawani gadis yang suka berangan2...Zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan , timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah2 benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Am yang cuba memikat Ain di Tadika Bintang Kecil milik kakaknya...Ain masih malu2 masa ni...
Saat-saat manis perkenalan Am dan Ain 

Time ni Am dan Ain ditangkap khalwat di atas perangkap Dee yang merupakan salah seorang yang amat meminati Am sejak dulu lagi...

Akhirnya, Am sedia menikahi Ain atas dasar untuk menutup malu dan membersihkan nama keluarga Am dan Ain...
Cik Ted pemberian Am ni sahaja la tempat Ain meluahkan perasaan....

Sayangnya,hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Ain mengejar cita2nya menyambung pelajaran ke luar negeri (Australia). Adam yang ditinggalkan ,menghitung hari2 nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya....Ah...Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata2....
Sepeninggalan Ain, Adam kerap menjenguk keluarga Ain di kampung disamping menghilangkan rasa rindunya pada Ain.

Setelah 8 tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan didepan pintu Masjidilharam.  Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah lama terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.. Tapi tegarkah Ain???

Pada waktu ini Ain sedang mencari kasutnya selepas solat...Ain dapati kasutnya tertindih dengan kasut orang lain.Dalam waktu yang sama kasut tersebut juga diambil oleh tuannya.Ketika Ain menoleh betapa terkejutnya Ain kasut tersebut kepunyaan Adam Mukhriz. Tak sangka Ain dapat berjumpa dengan Adam kembali di Tanah Suci.



Sejak pertemuan itu,hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.  Benarkah dalam hati ada CINTA?Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata.Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi.....Adam mengharap Ain kembali kepadanya ...



Saksikan lah cite Adam dan Hawa di Astro Mastika HD setiap hari Isnin - Khamis pukul 9.30malam...Kalau tak sabar, jadi la macam aku baca je novel nye....tak rugi baca....memang best sgt2!!!!

Thursday, October 4, 2012

Happy Birthday To Me & Walid

"Happy Birthday To Me....Happy Birthday To Me..."
"Happy Birthday To Me......."
"Happy Birthday To Me...."
 
Tiba2 je nyanyi tuk diri sendiri kan...sebenarnya 20 Ogos 2012 adalah hari lahirku yang ke-29...
Alamak...dah tua la...huhuhu...cepatnye masa berlalu....
Seperti biasa la...Aku akan sambut besday aku sekali dengan F.I.L a.ka Walid...coz tarikh lahir kami sama...tahun je lain...hehehe...
Apa2 pun, Happy Birthday Walid...Semoga kita sama2 dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga tercinta dan apa yang dihajatkan akan tercapai...Amin...
 
Sebut pasal hajat...
...Hajat aku...
 
"Aku inginkan sebuah keluarga yang sgt bahagia yang berkekalan hingga akhir hayat...rezeki yang tak putus2, anak2 yang soleh dan solehah...ku harapkan aku akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...yang paling penting,Allah beri lah hidayah kepada hambamu ini supaya akan lebih dekatkan diri kepada Mu sebagai hambanya...Ku Cuba ingin jadi yang terbaik"
 
....Tambahan hajat....
Handphone dah hilang...So, Mr Hubby,tolong la belikan ayg handphone baru ye...
nak android ye...pleaseeeeeee...
(demand la plak...)
hihihi...keji sungguh....

 
 
 
 
 
 
 


Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

 
Hari Raya Aidilfitri tahun ni jatuh pada 19 Ogos 2012 bersamaam 1 Syawal 1433H...Hmmm...Tahun ni turn raya di Banting (kampung halaman aku)...Gembira hati ini bukan kepalang...Sbb kalo ikut asalnya hubby suh beraya di Penang dulu tp bila nampak muke aku yg monyok n sedih je dia tak sampai ati...Sian hubby aku...terpaksa beralah...
Walau apa pun, thanks syg coz memahami dan bertolak ansur dgn isterimu ini...
Ku hargai pengorbananmu...
Di pagi raya,masing2 teruja mengenakan baju raya yang cantik2...terutamanya aku yg terlalu excited menyediakan baju raya hubby dan anak2 yang sedondon colournya...Tahun ni tema colour purple...Tak sabar rasanya nak beraya...
Selepas sembahyang raya, kami sekeluarga membaca Yassin untuk disedekahkan kepada arwah2...Yelah, time ni kita bergembira di hari raya tapi arwah2 di alam sana bersedia utk diazab...Semoga roh mereka di sana aman dan gembira dgn Yassin yang kita kirimkan....
Bila tiba saat bermaaf2an...Inilah saat di mana terasa sebak dan kerdilnya diriku...
Aku bersalaman dengan suamiku memohon maaf...diwaktu ini lah ku rasakan banyaknya dosaku pada suamiku...sehingga ku menitiskan airmataku...begitu juga suamiku yang sebak bila lihat ku menitiskan airmata tanpa kata2...
Dengan nada sayu,dia kata..."Dah la...syg dah maafkan ayg dari dulu lg...dah jgn nangis lagi...syg pun sama minta maaf juga ye..."sambil mengesat airmata aku...
(romantik sgt2 time tu...macam citer Adam & Hawa plk...chewahhhh...)
Alhamdulillah....Tahun ni adalah tahun yang penuh bermakna...Ku bersyukur kerana pada tahun ni aku dapat beraya bersama keluargaku, suami dan sepasang cahaya mata...(putra & putri)...
Semoga dengan kehadiran Aidilfitri ini dapat membuka lembaran baru yang lebih indah yang pernah ku impikan selama ini...Aminnn....

Tengah malam raya Pertama baru aku and husband bertolak ke Penang untuk beraya di sana plak...Tentu saudara mara di Penang dah ramai berkumpul di sana...Tak sabar nak jumpa Tok Ba, Tok Chik ngan sedara mara yang lain...lama dah tak balik Penang...Orang Penang, tunggu kehadiran kami ye...
 
Jom tengok gambar2 raya kt bwh ni...

Gambar kenangan beraya di rumah sedara mara di Penang
 
 
Shaikh Muzaffar yang keletihan namun kakak Qaleesya tersenyum...maklumlah dah dapat banyak duit raya...
 
 
Hari raya ke-2 di Penang....


 Kakak Qaleesya tak pernah tinggal beg Barbie dia tu...
Bila ditanya, "Kakak nak ke mana tu?"
"Kakak nak ke school la..."katanya

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...