topbella

Friday, October 5, 2012

Adam & Hawa


Adam Mukhriz
Ain Hawani

Adam & Hawa...Kisah ini sangat2 best...Pada asalnya aku malas nak baca novel ni tapi bila tengok Drama Bersiri Adam & Hawa di Astro Mastika HD ,hati ni asyik bergelora je,membuak2 rasa nak tengok...mula2 sabar melihat satu episod demi satu episod tetapi lama2 rasa dah tak sabar nak tunggu sambungannya...lambat sgt nak klimaks cite ni...dah la kena tunggu 80 episod...Oh Tidak!!!!

Last2, terpaksa la baca novel untuk tahu ending dia...
Huhhhh...2 hari juga la aku baca novel ni...mmg best...Sedih, romantik, happy ending...mmg best la...
5 Star aku bagi....

Meh nak cite sikit Sinopsis citer Adam & Hawa ni...

Ain Hawani, adalah seorang guru gantian tadika di Tadika Bintang Kecil milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang bersifat kasanova @ playboy...Ain Hawani gadis yang suka berangan2...Zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan , timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah2 benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Am yang cuba memikat Ain di Tadika Bintang Kecil milik kakaknya...Ain masih malu2 masa ni...
Saat-saat manis perkenalan Am dan Ain 

Time ni Am dan Ain ditangkap khalwat di atas perangkap Dee yang merupakan salah seorang yang amat meminati Am sejak dulu lagi...

Akhirnya, Am sedia menikahi Ain atas dasar untuk menutup malu dan membersihkan nama keluarga Am dan Ain...
Cik Ted pemberian Am ni sahaja la tempat Ain meluahkan perasaan....

Sayangnya,hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Ain mengejar cita2nya menyambung pelajaran ke luar negeri (Australia). Adam yang ditinggalkan ,menghitung hari2 nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya....Ah...Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata2....
Sepeninggalan Ain, Adam kerap menjenguk keluarga Ain di kampung disamping menghilangkan rasa rindunya pada Ain.

Setelah 8 tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan didepan pintu Masjidilharam.  Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah lama terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.. Tapi tegarkah Ain???

Pada waktu ini Ain sedang mencari kasutnya selepas solat...Ain dapati kasutnya tertindih dengan kasut orang lain.Dalam waktu yang sama kasut tersebut juga diambil oleh tuannya.Ketika Ain menoleh betapa terkejutnya Ain kasut tersebut kepunyaan Adam Mukhriz. Tak sangka Ain dapat berjumpa dengan Adam kembali di Tanah Suci.



Sejak pertemuan itu,hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.  Benarkah dalam hati ada CINTA?Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata.Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi.....Adam mengharap Ain kembali kepadanya ...



Saksikan lah cite Adam dan Hawa di Astro Mastika HD setiap hari Isnin - Khamis pukul 9.30malam...Kalau tak sabar, jadi la macam aku baca je novel nye....tak rugi baca....memang best sgt2!!!!

2 comments:

  1. salam perkenalan.

    saya tengah buat giveaway sempena birthday anak sy yang ke 2 thn..jemput join :)

    http://aishahzahra.blogspot.com/2013/10/giveaway-from-zahras-store.html

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...