topbella

Thursday, October 4, 2012

Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

 
Hari Raya Aidilfitri tahun ni jatuh pada 19 Ogos 2012 bersamaam 1 Syawal 1433H...Hmmm...Tahun ni turn raya di Banting (kampung halaman aku)...Gembira hati ini bukan kepalang...Sbb kalo ikut asalnya hubby suh beraya di Penang dulu tp bila nampak muke aku yg monyok n sedih je dia tak sampai ati...Sian hubby aku...terpaksa beralah...
Walau apa pun, thanks syg coz memahami dan bertolak ansur dgn isterimu ini...
Ku hargai pengorbananmu...
Di pagi raya,masing2 teruja mengenakan baju raya yang cantik2...terutamanya aku yg terlalu excited menyediakan baju raya hubby dan anak2 yang sedondon colournya...Tahun ni tema colour purple...Tak sabar rasanya nak beraya...
Selepas sembahyang raya, kami sekeluarga membaca Yassin untuk disedekahkan kepada arwah2...Yelah, time ni kita bergembira di hari raya tapi arwah2 di alam sana bersedia utk diazab...Semoga roh mereka di sana aman dan gembira dgn Yassin yang kita kirimkan....
Bila tiba saat bermaaf2an...Inilah saat di mana terasa sebak dan kerdilnya diriku...
Aku bersalaman dengan suamiku memohon maaf...diwaktu ini lah ku rasakan banyaknya dosaku pada suamiku...sehingga ku menitiskan airmataku...begitu juga suamiku yang sebak bila lihat ku menitiskan airmata tanpa kata2...
Dengan nada sayu,dia kata..."Dah la...syg dah maafkan ayg dari dulu lg...dah jgn nangis lagi...syg pun sama minta maaf juga ye..."sambil mengesat airmata aku...
(romantik sgt2 time tu...macam citer Adam & Hawa plk...chewahhhh...)
Alhamdulillah....Tahun ni adalah tahun yang penuh bermakna...Ku bersyukur kerana pada tahun ni aku dapat beraya bersama keluargaku, suami dan sepasang cahaya mata...(putra & putri)...
Semoga dengan kehadiran Aidilfitri ini dapat membuka lembaran baru yang lebih indah yang pernah ku impikan selama ini...Aminnn....

Tengah malam raya Pertama baru aku and husband bertolak ke Penang untuk beraya di sana plak...Tentu saudara mara di Penang dah ramai berkumpul di sana...Tak sabar nak jumpa Tok Ba, Tok Chik ngan sedara mara yang lain...lama dah tak balik Penang...Orang Penang, tunggu kehadiran kami ye...
 
Jom tengok gambar2 raya kt bwh ni...

Gambar kenangan beraya di rumah sedara mara di Penang
 
 
Shaikh Muzaffar yang keletihan namun kakak Qaleesya tersenyum...maklumlah dah dapat banyak duit raya...
 
 
Hari raya ke-2 di Penang....


 Kakak Qaleesya tak pernah tinggal beg Barbie dia tu...
Bila ditanya, "Kakak nak ke mana tu?"
"Kakak nak ke school la..."katanya

No comments:

Post a Comment

"Kenali Diri Ku"

My photo
Banting, Selangor, Malaysia
Saya merupakan seorang Isteri dan Mama kepada 2 cahaya mata yang comel bernama Qaleesya Amani & Shaikh Muzaffar..Minat berniaga secara kecil2an...Semoga Allah memberkati usaha ku ini...